Skip to main content

Orang Berjiwa Besar...

Dalam dunia pekerjaan ni sangat banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui. Memang menuntut kesabaran dan kekuatan mental yang sangat tinggi.

Bukan kaleng-kaleng lah orang sekarang kata. Justeru, perlu ada ilmu yang tinggi, kebijaksanaan dan kematangan untuk melalui pelbagai ujian dan cabaran ini. Apa yang paling penting adalah tahap keimanan kita kepada Allah supaya apa jua yang kita lakukan adalah mengikut lunasnya yang betul.

Untuk berada dalam dunia pekerjaan ni, hati kena kuat. Hati tak boleh berjiwa kecil. Jiwa kecil ni maksudnya seseorang yang memiliki hati bak tisu, mudah rapuh, cepat terasa, mudah tersinggung, emosi cepat tercalar dan seumpamanya lagi.

Pakar mengatakan untuk berjaya menghadapi cabaran dan dugaan  dalam alam pekerjaan ni, kita perlu mempunyai jiwa yang besar.

Maksud berjiwa besar ni maksudnya adalah:

1. Tidak mudah tersinggung, kecil hati, dan merajuk walau apa jua halangan. Kekal calm dan "buat bodoh" aje. Berperilaku seperti biasa seakan tiada apa yang berlaku walau di hati hanya kita yang tahu bagaimana kita menahan rasa, merasa pedih, merasa sakit dsbnya lagi. Jika ini berlaku, pulihkan hati tanpa tanpa memberi kesan kepada perbuatan kita. Denga cara bagaimana? Hanya dengan kembali kepada Allah, berdoa, dan memohon pada-Nya agar dipulihkan rasa kecewa kita dan diberikan kepada kita semangat dan motivasi yang berpanjangan tanpa langsung rasa terkesan. Ini lah hati yang kuat.

2. Tidak cepat sentap, melenting, naik angin, mengamuk, marah dan seumpamanya lagi. Orang yang cepat naik angin dengan hanya benda kecil sebenarnya tidak memiliki jiwa yang besar. Dalam keadaan marah, kita masih boleh tersenyum, rasional dan tenang...maka ini lah dianya kita dikatakan berjiwa besar.

3. Tidak langsung terkesan dengan kata2 dan perbuatan orang yang berniat tidak baik. Orang berjiwa besar bijak mengawal mindset. Justeru, orang berjiwa besar boleh mengubah masalah menjadi peluang. Bagaimana? Dengan cara menjadikan masalah itu sebagai pembakar semangat dan kekuatan, menjadikan masalah itu sebagai asbab untuk menambahbaik diri dengan merasakan kesilapan atau kelemahan yg datang daripada diri sendiri. Jangan sesekali menyalahkan orang lain sebaliknya melihat ke dalam diri sendiri dan perbaiki. Selebihnya, serahkan seluruh pergantungan kepada Allah.

4. Orang berjiwa besar tidak cepat melatah dengan apa jua situasi. Mereka bijak mengawal minda dan hati. Justeru, kebijaksanaan ini menjadikan segala perkara dpt diatasi dengan baik dan membawa kebaikan dan menghindari konflik.

5. Orang berjiwa besar tidak gentar dan takut dengan apa jua percaturan atau politik dalam organisasi. Mereka adalah orang yang berprinsip. 

Berusahalah untuk terus menambahbaik diri dalam apa jua perkara. Jadilah orang yang berjiwa besar agar diri tidak mudah goyah dan terkesan dengan cabaran. Walau ribut petir guruh berdentum, langsung tidak menggugat prinsip dalam diri yang dipupuk berasaskan keimanan yang tinggi, didikan yang baik, ilmu dan kemahiran yang dituntut, dan keperibadian diri yang baik. InsyaAllah, semoga orang yang berjiwa besar ini akan sentiasa beroleh rasa tenang dan bahagia dalam menguruskan kehidupan.

Salam hormat,

RZH




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe