Skip to main content

Hidup Yang Berkat...

Salam penuh keberkatan di awal pagi yang penuh kedamaian. 

Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua. Hidup tanpa berkat umpama pokok yang tidak berbuah, rumah tidak bertuan...dan hidup yang tiada membawa manfaat.

Justeru, sama-sama kita berdoa agar kehidupan kita ini mendapat barokahnya. Hanya Allah jua yang dapat memberkati kehidupan kita. Tiada yang lain melainkan Allah.

Bagaimana setiap kita ini beroleh keberkatan Allah?

Keberkatan daripada Allah dapat kita peroleh, antaranya dengan:

1. Mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Solat lima waktu yang utama dan mengerjakan solat2 sunat yang lain. Apa jua perkara yang kita lakukan niatkannya kerana Allah. InsyaAlah barokah.

2. Membayar zakat terhadap apa jua milik kita yang dipinjamkan Allah mengikut aturan yang ditetapkan. Zakat adalah penyucian atau pembersihan kepada harta kita.

3. Menguruskan dan mentaati kedua ibu bapa kita dengan baik. Buatlah apa jua untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita. Jangan membuatkan hati kedua ibu bapa kita rasa tersinggung dan berkecil hati. Jalankan tanggungjawab kita dengan baik. Bagi yang sudah berkeluarga, termasuk sekali ibu dan bapa mertua.

4. Mencari rezeki yang halal. Halal di sini mencakupi segalanya. Pekerjaan kita adalah pekerjaan yang baik, tidak mengambil yang bukan hak kita. Melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita sebagaimana yang ditetapkan dengan mematuhi apa jua peraturan dalam bekerja yang ditetapkan oleh majikan. Ini juga termasuk sekali disiplin kerja kita yang antaranya, kita tidak ponteng kerja, culas dalam kerja, tidak menipu dan sebagainya lagi. Secara ringkasnya kita adalah pekerja yang berintegriti dan berakauntibiliti.

5. Bersedekah selalu. Sentiasa berinfaq di jalan Allah. Berikan kepada mereka yang memerlukan. Mendapat redha Allah dalam bersedekah dengan melakukannya secara diam dan tidak diketahui oleh orang lain. Ibaratnya, tangan kanan yang bersedekah, tangan kiripun tidak mengetahuinya.

6. Jangan membazir. Amalkan sikap yang baik dalam menguruskan sumber dalam kawalan kita. Elakkan membazir dalam apa jua yang kita lakukan. Berbelanja dengan sederhana. Begitu juga dalam makan dan minum kita, jangan membazir. Bersihkan pinggan makan dan gelas minuman kita sehingga tidak bersisa. Amalkan sunnah Rasulullah dalam makan dan minum kita.

Kehidupan yang berkat dan dirahmati Allah adalah kehidupan yang menjadi impian semua orang. Dengan adanya keberkatan akan menjadikan kehidupan kita tenang dan bahagia. Walau sedikit yang kita ada, namun ianya tetap mencukupi. Maka itulah antara tanda hidup kita berkat. Sama-sama kita mencari keberkatan Allah agar kehidupan kita lebih bermakna dan bermanfaat. Bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah.

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe