Skip to main content

Belajar Melepaskan...

"Dalam kehidupan kita, ada perkara yang kita boleh kawal dan ada perkara yang di luar kawalan kita.......yang diluar kawalan kita ini, kita serahkan kepadaNya.......hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Perlahan-lahan kita lepas supaya hati lebih tenang....in sha Allah semuanya akan baik-baik sahaja."

Terkenang kembali bicara lewat petang dengan seorang sahabat. Kata-kata di atas ini adalah kata-kata darinya bila kami sama2 bersembang topik kehidupan.

Sangat tepat sekali untuk kita jadikan renungan. 

Hidup ini kita harus faham sifatnya dinamik. Kita akan terus ke depan dan bukan mengundur. Justeru, lepaskan semua yang berlalu itu untuk kita berikan ruang dan peluang sepenuhnya kepada diri untuk kita kecapi perkara baharu di sepanjang perjalanan kita ke depan.

Mengimbau kembali perbualan saya dengan salah seorang sahabat yang kini sedang diuji dengan kesihatan. Saya memberikan kata2 semangat buat dia bagi mengembalikan semula semangat dan motivasinya yang mungkin mula hilang...

"Owhhh..harap semua ok untuk awak. Jgn fikir byk..yang sudah berlaku dan melukakan hati tu, tak usah fikir lagi...jgn beratkan fikiran kita dgn benda yg lepas..kita lalui apa yg semasa..yang lepas tinggal di blkg saja. Dalam usia skrg, biar kita fikir yg happy saja..kerana perkara tidak happy yang difikirkan akan nanti akan beri kesan kpd kesihatan...bykkan istigfar..insyaAllah, jiwa dan fikiran kita tenang...jgn fikir benda yg tak perlu kita fikir...belajar melepaskannya perlahan-lahan.

Buat pengunjung blog anggerikdesa yang sedang mengalami situasi yang perit, pedih, dan mengecewakan...jangan terus-terusan bersedih. Hati dan jiwa kita perlu dirawati segera. Kita berhak bahagia selagi kita masih bernafas. Jangan biarkan sesiapapun merampas kebahagiaan kita. Hati, jiwa, dan pemikiran ini milik kita dan kita yang "mentadbirnya" dengan hidayah dari Allah. Justeru, semuanya bergantung kepada diri kita untuk mengendalikannya supaya tidak bolos diterjah perkara tidak baik yang melemahkan diri. Jangan cepat lemah semangat!

Makanya dalam mengemudikan kehidupan ini, kita perlu berprinsip.  Prinsip pertama, lepaskan semua dari fikiran kita segala apa yang membuat kita rasa kecewa. Prinsip kedua, nikmati keindahan masa kini sepenuhnya tanpa dihalang oleh beban berat yang kita bawa bersama. Justeru, belajar melepaskan...Prinsip ketiga, apa jua perbuatan kita ingat Allah selalu dan pegang kata-kata ini, "sesuatu itu jika Allah tidak takdirkan buat kita, maka ia tidak mungkin menjadi milik kita, dan jika Allah takdirkan menjadi milik kita, walau rumit dan banyak halangan sekalipun ia akan tetap menjadi milik kita. Justeru, jangan risau dan jangan bersedih. Rahsia Allah sangat besar.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat buat kita semua. Rawat hati rawat jiwa. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama hamba yang sabar, cekal, dan istiqomah.

RZH



Comments

  1. YouTube Videos - Videoodl.cc
    youtube Videos · Videos mp3 juice · Videoslots · Videoslots · Videoslots.com. YouTube. YouTube Videoslots · Videoslots · Videoslots.com.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe