Skip to main content

Merawat Hati Dengan Mengingati Mati...

Usai solat Isyak...merenung jauh ke dalam diri. Terasa begitu banyak kekurangan sedangkan waktu semakin menghampiri ke noktahnya. Sentiasa hadir di fikiran bahawa hidup ini sebenarnya bila2 masa akan berakhir bila tibanya panggilan daripada Allah.

Tapi kita manusia ni, terkadang terlupa bahawa hidup kita ini bukan kita punya...tapi Allah yang punya. Justeru, kita perlu tahu bahawa bila diri kita bukan kita yang punya, makanya kuasa ke atas diri kita bukanlah kita tetapi Yang Maha Pencipta, iaitu Allah.

Dalam menjalani kehidupan sementara ini, diri perlu selalu diingatkan bahawa hidup kita dikawal selia oleh Allah. Kita ini sentiasa dalam perhatian Allah. Bila diri sentiasa diingatkan bahawa hidup ini sementara, sekurang2nya hati kita sentiasa ingat bahawa bila2 masa Allah akan datang mengambil kita, sama ada kita sudah bersedia ataupun tidak.

Jika kita sudah bersedia...alhamdulillah. Namun yang paling ditakuti adalah jika kita belum bersedia. Kita merasakan bahawa kita masih muda dan kematian itu masih jauh...Allahuakbar. jika ada rasa sebegini dalam hati kita, maka cepat-cepat lah kita betulkan kembali hati kita. Jangan sampai terlambat kerana ajal itu tidak mengenal tua atau muda, lelaki atau wanita, anak2 atau orang dewasa, miskin atau kaya dan sebagainya lagi.

Setiap hari kita melihat kematian demi kematian sama ada dalam kalangan orang yang kita kenali atau tidak. Sudah pasti nanti akan tiba masa kita pula, di mana orang lain pula yang akan mendengar berita kematian kita sebagaimana hari ini kita mendengar berita tentang orang lain.

Sesekali mendapat berita kematian sahabat2 atau keluarga terdekat, Allahu bergetar rasa hati. Sedih dan sebak menyaksikan jenazah orang yang kita kenali dimandi, dikafan, dan dibawa ke perkuburan, disambut dalam kubur dan dibaringkan di liang lahad tempat pembaringan abadi. Sedangkan baru semalam jasadnya dan rohnya masih bersama dan hari ini kita melihat jasadnya kaku di pembaringan.  Saat itu kita membayangkan begitulah juga nanti jenazah kita akan diuruskan. 

Jika apa yang disaksikan itu masih belum dapat menyedarkan kita, Allahu...maknanya hati kita perlu "dirawat" segera. Berdoalah selalu kepada Allah agar Allah dapat menjentik hati kita dan kita diberikan hidayah dan petunjuk ke arah kebaikan.

Sama-sama lah kita membimbing diri agar sentiasa mengingati mati. Dengan mengingati mati, insyaAllah hati kita sentiasa dipandu untuk melakukan kebaikan di jalan Allah dan dihalang daripada melakukan apa jua bentuk kejahatan. Doa dan terus doa...InsyaAllah...

Salam Hormat,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe