Skip to main content

Tangani Persepsi Dengan Baik...

Kadang-kadang Allah lalukan macam2 depan mata kita. Setiap apa yang Allah lalukan pada pandangan mata kita, pasti ada sebabnya. Mungkin Allah nak tarbiahkan hati kita.

Kerana itu, cuba kita latih diri untuk berlapang dada dan refleks kan dulu kpd diri..tanya diri "adakah mungkin aku juga melakukan begitu". Jika tidak, maka alhamdulillah. Jika ya, cuba untuk berubah. Allah dah beri hint dengan "melalukan" semua tu dlm penglihatan kita.

Kita semua pasti pernah tengok tulisan2 sebegini di media sosial kan. 

"Okey done baca Yasin"

"Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah, aku telah khatam Quran untuk bulan puasa ni"

"Selesai hantar menu berbuka untuk anak2 yatim"

"Alhamdulillah done Dhuha"

Apa agaknya niat si penulis. Hanya dia yang tahu niat di hatinya. Namun, bagi mengelakkan sebarang keraguan dan kemusykilan juga persepsi org yang tidak baik, adalah lebih baik amalan dan perbuatan baik kita biar menjadi rahsia kita dengan Allah jua. 

Dan apa pulak agaknya yang terdetik dalam hati pembaca setiap kali membaca statements sebegini. Pasti mcm2 pula terdetik kan. Seakannya better tak tgok daripada tgok statement mcm gini sebab risau jatuh ke berdosa pula kita yang tukang membacanya bila hadir rasa keliru dan keraguan pula dalam hati kita.

Kerana itu, setiap kali melihat orang menulis macam ni, latih diri kita supaya beristigfar byk2 bagi tujuan menghindari kita dari berfikir lebih2 yang membawa dosa kepada kita. Sebaiknya tengok pada diri kita dulu adakah kita juga memiliki sifat2 begitu, jika tiada alhamdulillah. Dalam masa yang sama kita doakan agar orang berkenaan diberikan Allah hidayah agar tidak menulis begitu lagi kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi orang yang akhirnya "benda tak comey" saja yang dicop kpd orang yang menulis itu, antaranya kita mungkin dikatakan riak atau ujub dalam diam atau tanpa sengaja...

Kehidupan ini memang begitu. Kita hidup bermasyarakat. Sosialisasi berlaku, platform digital melalui sosial media memonopoli. Jadi, pastinya tak blh mengelak diri daripada apa jua persepsi negatif. Bila baca terus auto respon, sama ada dalam hati atau sebaliknya.

Justeru, sebagai pengajarannya jangan kita suka menulis ikut sedap hati saja. Kaji dulu baik buruknya. Bagi yang berbuat kebaikan pula, alhamdulillah Allah pandukan hati kita untuk membuat kebaikan di sisi Allah. Jadi biarlah hanya kita dengan Allah saja yang tahu amalan baik yang kita lakukan. Tidak perlu kita nak mewar-warkan atau nak show off risau nanti jatuh kepada riak kecil atau ujub. Dalam masa yang sama kita mengundang persepsi orang yang jadi syak wasangka pula kepada kita. Sebagai orang yang membaca pula, jangan mudah menghukum dan memberi persepsi sendiri. Sebaliknya tengok pada diri dulu, mungkin Allah nak ingatkan kita juga. Dalam masa yang sama kita doakan semoga kita dan semua orang Allah sentiasa berikan hidayah dan peringatan ke arah kebaikan selalu. InsyaAllah.

Sekadar tulisan santai.

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe