Merenung kehidupan yang penuh dinamik. 1001 macam perkara terkandung di dalamnya. Kalau nak ambil fikir semua memang tak mampu dan hanya membebankan fikiran.
Justeru, ambik fikir yang wajib dan membahagiakan saja. Yang tidak wajib dan menyesakkan tolak tepi. Tak perlu fikir!
Hidup ini jangan kita berjiwa kecil. Jiwa kecil maksudnya cepat tersinggung, cepat kecil hati, cepat merajuk, rasa terpinggir dsbnya lagi. Hidup mesti berjiwa besar, dalam erti kata kita takkan mudah terkesan dengan perkara-perkara kecil, perkara yang negatif dan membuang masa.
Bagaimana tips nak berjiwa besar ni.
Pertamanya, betulkan hati, keduanya betulkan pemikiran dan ketiganya sentiasa ingat apa jua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Pasti ada hikmah di sebaliknya kerana Allah Maha Mengetahui. Dan yang terakhir adalah Redha dan berlapang dada atas apa jua.
Jangan sesekali mempersoalkan mengapa begitu dan mengapa begini, nak-nak pula perkara kecil dan remeh-temeh. Jika kita memang sudah mengetahui tiada jawapan kepada persoalan itu, jadi mengapa perlu bebankan diri memikirkan benda yang tiada jawapan. Tak perlu!
Jawapan atas setiap perkara itu hanya Allah yang tahu, jadi amalkan konsep redha dan berlapang dada. Tingkatkan iman dan takwa. InsyaAllah hati kita tenang. Nikmat tenang adalah anugerah Allah yang maha hebat buat hamba-Nya. Maka bersyukurlah bila Allah beri kita rasa tenang dan damai kerana di akhir zaman ini sudah tidak ramai yang merasai ketenangan dan kedamaian dek kerana hati telah banyak melebihkan "keduniaan".
Sekadar coretan lewat malam.
Comments
Post a Comment