Skip to main content

Kangkung Goreng Belacan.

Kalau ikutkan sangat jarang saya masak kangkung belacan ni. Boleh dikira rasanya. Bukan my fav menu untuk dimasak la kononnya. Tapi bila sesekali buat, menu ni menjadi kesukaan pula.

Ceriteranya dua hari lepas masa buat menu kengsom tu, kena letak kangkung cket. Jadinya,  ada sedikit lebihan kangkung tu saya buat kangkung goreng belacan. Suami dan anak2 suka rupanya dan ptg semalam req lagi untuk buat.

Jadinya menu ni saya letak di blog juga la sebagai kenangan.

Jom kita tengok bahan2 kangkung goreng belacan cara anggerikdesa.

Bahan2:
1. Kangkung seikat
2. Bawang putih tiga ulas
3. Bawang merah dua ulas
4. Satu sudu besar cili giling/cili kering dikisar
5. Secubit belacan
6. Garam dan gula, juga sedikit perasa maggi jika suka.

Cara2:
1. Siang dan cuci bersih kangkung. Siang kangkung ni bukan mcm kita potong sayur lain guna pisau. Kangkung ni hanya dipatah2 kan dengan tangan. Mmg cara potongnya begitu. Panjang2 pun tak apa. 

2. Bawang merah dan bawang putih, juga belacan ditumbuk hancur. Tidaklah lumat sgt.

3. Tumiskan dgn sedikit minyak. Guna pan atau kuali, ikut selesa masing2. Bila garing, masukkan sedikit cili giling, dlm satu sudu besar. Tumis sekejap hingga cili masak dan pecah minyak. Masuk garam dan gula. 

4. Masukkan kangkung dan kacau dalam lima enam minit. Kangkung jangan layu sgt nanti hilang kerangupan krup krap kangkung bila dikunyah nanti. Tang rangup tu la yang specialnya bila mkn sayur kangkung ni. Tips goreng kangkung ni tak perlu tutup walaupun sekejap kuali kita. Kalau goreng sayur lain kita boleh tutup sekejap dlm seminit dua. Tapi untuk kangkung tak perlu tutup sbb daunnya mmg cepat sgt lembut. Biar dia masak tanpa ditutup. Batang kangkung yg besar sikit tu kita boleh masuk awal sikit.

Makanya siap....dan bolehlah dihidang dan dinikmati seisi keluarga.

Salam Hormat
anggerikdesa
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...