Skip to main content

Bicara Hati...

Bila rasa keliru termenung sekejap.

Termenung mencari jawapan yang pasti untuk tanda tanya di benak. Walau tiada jawapan yang hadir pun tak mengapa...sekadar termenggu jua. Akhirnya penutup termenggu dgn istigfar dan biar Allah saja yang pegang jawapannya. Kita tidak perlu tahu.

Termenggu tu dah seakan jadi rutin bila ada sesuatu yang singgah mengetuk benak fikiran. Manusia ni memang begitu sifatnya.

Kadang tertanya sendiri "hanya aku saja ke yang terfikir begini atau orang lain juga berfikiran sama".

Drama kehidupan ni silih berganti mengambil tempat. Seronok menjadi pemerhati setia dan kemudian membuat analisis dalaman sendiri...hanya sekadar simpanan peribadi.

Perlukah analisis dalaman ni? Jawapannya perlu... supaya kita faham plot drama yang sedang ditayangkan. Kita boleh kenal karakter sebenar orang..siapa tukang ampu dan siapa tukang sokong...siapa yang ikhlas dan siapa yang bermain wayang.

Sesekali fikir, takut pulak rasanya dengan situasi yang dilihat. Risau diri juga terjerumus dalam rentak yang sama. Rentak yang merajakan dunia. Bila nama dan jawatan menjadi perkara yang dicatur, direbut dan didamba. Risau situasi ini boleh menjadikan kita makin seronok dan lupa bahawa yang paling utama dalam hidup ini adalah mendambakan redha Allah. Jika kita sibuk dengan semua perkara ini tanpa kita fikirkan tentang redha Allah...risau nanti bila tiba saat yang Allah kehendaki semuanya boleh ditarik daripada kita dalam sekelip mata jua..Allah boleh rentap dan tarik daripada kita. Sanggupkah kita nanti....

Tepuk sorak dalam permainan ini adalah perkara biasa. Bila berjaya apa yang dirancang maka bertepuk dan bersorak la. Jika gagal, plan dan usaha lagi. Bagus bila tidak mengenal erti putus asa dalam mengejar impian. Tapi lagi bagus jika sikap tidak berputus asa itu diletakkan di tempat yang betul. Kerna, jika diletak di tempat yang salah akan membawa mudarat berpanjangan.

Dalam dunia akhir zaman ini, siapa agaknya yang akan mengatakan itu salah dan ini betul. Sudah tiada mungkin. Semua orang merasakan dia lah yang betul. Kerana itu semua "bermaharajalela" dengan gaya "hebat" masing-masing.

Dunia semakin tenat. Justeru, bebaskan saja diri dari lingkaran ini. Cari sesuatu yang lain yang lebih berbeza dengan rutin yang ada. Penat nak melihat drama dan sandiwara...orang ini dijatuhkan dan orang itu dinaikkan. Letih rasa dengan sepak terajang yang berlaku.

Kembali pada Allah...hanya itu jalan ketenangan dan kebahagiaan. Lakukan perkara yang wajib dilakukan kerana sudah tak lama lagi dah dunia ni akan ditinggalkan. Dah ramai yang pergi menghadap Allah...kita jua menyusul. Cuma tak pasti bila. Yang pasti masanya makin dekat kerana dunia ni bergerak ke depan dan bukan mengundur. Usia semakin meningkat seiring dgn masa yang bergerak. Setahun ke setahun tu bagai singkat benar beredar.

Usia kita makin bertambah dan mendekati garisan penamat. Kita jangan pernah lupa tentang ini. Kalau dulu remaja, kini dah dewasa, lewat dewasa atau mungkin dah jadi orang tua. Kalau usia melewati 40-an atau 50-an atau 60-an tapi masih bermaharajalela "mencatur dunia"...apa agaknya yang dikejar...adakah kita nak bawa bersama bila tiba masa dijemput nanti...kalau jawapannya tidak...maka cukup2 lah...

Di usia sebegini, kita seharusnya sibukkan lah diri untuk mencari redha dan keberkatan Allah dalam apa jua yang dilakukan. Selebihnya tu, Allah tahu susun buat kita. Syukur Allah panjangkan usia. Sekurang-kurangnya ada masa untuk merenung dosa silam dan bertaubat. Sekurang-kurangnya ada kesempatan waktu untuk mengisi semula hati dengan ibadah yang kita "tak sempat" buat sebelum ini. Bukan tak sempat sebenarnya...tapi kita terlalai dan banyak melepaskan waktu berlalu begitu saja. 

Akhir kalam, sama2 kita penuhi usia yang ada ini dengan perkara bermanfaat pada diri untuk bekalan di sana. Tidak ada masa dah untuk berebut benda2 dunia. Bersihkan hati, bersihkan pemikiran, perkemaskan solat, tingkatkan ilmu agama, membaca Quran, zikir, fikir positif, redha, dan berlapang dada...itu saja aktiviti yang perlu direbut dan diutamakan. Bimbang kita tak sempat nanti jika kita masih bertangguh kerana masa tak akan mungkin menunggu kita. Jangan leka.

Sekadar bicara hati,

anggerikdesa.







Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe