Skip to main content

Salam 13 Ramadan.

Salam 13 Ramadan.

Hari ni masuk hari ke-13 kita berpuasa. Allahu, sudah 13 hari dan sudah hampir separuh bulan Ramadan ini telah berlalu. Kita telah memasuki fasa kedua Ramadan. MasyaAllah...cepatnya masa-Mu berlalu ya Allah.

Semoga kita semua terus istiqomah dengan melakukan amalan-amalan yang baik. Biar Ramadan ini lebih baik daripada Ramadan yang lalu. Grab semua tuntutan Allah.

Raih rahmat dan keberkatan Allah sebanyaknya dengan amalan kita yang dilakukan secara istiqomah. Lakukan lah solat sunat di samping solat wajib, solat sunat terawih, sedekah, zikir, dan amalan2 baik yang lain. Jangan lepaskan peluang yang Allah sediakan...jangan malas. Ubat kepada malas adalah doa kepada Allah agar Allah jauhkan kita daripada sifat malas dan ambil mudah!

Berkait dengan sunat terawih...buatlah sekurang-kurangnya 8 rakaat. Jika tidak dapat ke masjidpun tak mengapa, di rumah juga boleh terutamanya bagi kaum wanita. Jangan tinggalkan. Jika malas dan letih, terus berdoa agar Allah beri rasa rajin dan rasa rugi jika tak buat. Bila hadir rasa ini dalam diri kita, insyaAllah kita tidak akan tinggalkan solat sunat terawih ini. Allah Maha berkuasa...Dia yang membolak-balikkan hati kita. Minta pada Allah.

Berdoa lah dan terus berdoa kepada Allah agar Allah berikan kesihatan yang baik dan kekuatan juga semangat untuk melaksanakan solat sunat ini kerana solat sunat ini tidak boleh ditemui (tiada) pada bulan yang lain. Setahun sekali kita jumpa hanya di bulan Ramadan saja. Tahun depan pula ia datang, itupun kita belum pasti sempatkah kita dengan Ramadan akan datang. Jika kita ambil mudah dan abaikan, maka kita sebenarnya termasuk dalam kalangan orang2 yang rugi.

Sematkan dalam diri bahawa kita tidak mahu termasuk dalam kalangan hamba Allah yang rugi...rugi dalam erti kata tidak diberikan Allah suatu rasa dalaman yang istimewa dan indah yang merasakan betapa mahalnya nilai ibadat dalam bulan yang mulia ini sehingga kita tidak mahu terlepas apa jua peluang.

Melakukan ibadah dalam bulan puasa ini bukan setakat kita merebut rahmat Allah yang tidak terhitung, tetapi juga sebagai latihan dan bimbingan pada diri untuk kita meneruskannya pada bulan-bulan yang lain juga agar kita terus menjadi hamba Allah yang bertakwa dan tawaduk.

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe