Bagi yang sedang mencari2 idea nak masak apa petang ni mungkin boleh cuba masak sayur lemak kelate ni. Memang sedap. Lawan pula dengan ikan masin atau ike bekok, atau boleh juga ikan goreng panas2. Letak pula budu perenyek lada cengik...confirm sgt sedap.
Bahan2 sgt mudah. Jom kita tengok.
Bahan2:
1. Sayur apa-apa boleh. Biasanya lobak dan kobis.
2. Lima enam biji bawang merah saiz biasa
3. Bawang putih secoit saja (skip pun boleh)
4. Satu biji kelapa (tiga empat cawan santan)
5. Ikan sardin saiz biasa dua ekor. Boleh juga guna ikan kembung atau ikan selar. Kalau guna kembung dan selar guna seekor saja. Perlu direbus atau dibakar.
6. Satu sudu kecil lada hitam (boleh skip jika tak suka).
7. Cili api untuk tambah aroma sedap dlm sayur nanti.
3. Bawang putih secoit saja (skip pun boleh)
4. Satu biji kelapa (tiga empat cawan santan)
5. Ikan sardin saiz biasa dua ekor. Boleh juga guna ikan kembung atau ikan selar. Kalau guna kembung dan selar guna seekor saja. Perlu direbus atau dibakar.
6. Satu sudu kecil lada hitam (boleh skip jika tak suka).
7. Cili api untuk tambah aroma sedap dlm sayur nanti.
Cara2:
1. Siang dan bersih ikan dan rebus dalam lima enam minit. Masa rebus blh letak sedikit garam dan sekeping asam keping. Jika rajin, ikan ini dibakar tawar. Sayur akan lebih sedap bila masuk ikan bakar.
2. Tumbuk lumat bawang dan masukkan dua ekor ikan rebus yang direbus/dibakar tadi. Masa tumbuk tu blh masukkan satu sudu kecil lada hitam (jika suka). Tumbuk lumat semuanya. Ikan rebus tu dibuang dulu tulangnya ya. Jika tak rajin untuk tumbuk, boleh blend aje. Blend terus dgn santan untuk mengekalkan kepekatan kuah nanti. Jika guna air nanti cair pula kuah kita nanti.
3. Masuk sekali semua dalam periuk, sayur beserta santan dan rencah yang ditumbuk dan kacau hingga masak..bila menggelegak, maka done. Dalam tujuh lapan minit saja. Jangan lupa masuk garam gulanya. Juga hirisan cili api tadi.
Nota:
Masak sayur ni kena kacau selalu sebelum ia menggelegak. Kalau tak kacau nanti kuah sayur kita jadi berketul..tak cantik dan kira failed la.
Sayur lemak ni sedap juga kalau dimadukkan ubi keledek. Dalam satu ketul sahaja. Ubi keledek ni potong kecil dan perlu direbus dulu dgn air yg sedikit bagi mengekalkan kegebuan ubi keledek ni. Nanti boleh terus masuk dlm sayur semasa permulaan lagi.
Selamat mencuba.
anggerikdesa
RZH
RZH
Comments
Post a Comment