Skip to main content

Habit Diri Perlu Diurus...

Habit diri memang sukar diubah kerana ia telah sebati dalam diri kita. Sejak kita lahir dan membesar habit diri kita itulah yang kita buat.

Justeru, untuk mengubahnya bukan perkara yang mudah. Jiwa betul2 perlu istiqomah. Kalau sekadar menyebut tanpa berusaha makanya niat untuk berubah hanya tinggal niat sahaja.

Untuk mengubah habit diri bukan ambil masa dua tiga hari atau dua tiga bulan. Ia makan tahun. Boleh berubah atau tidak?

Jawapannya boleh. Tapi bersyarat.

Apa syaratnya?

Sebarang bentuk perubahan memerlukan usaha, kesabaran, kegigihan, dan istiqomah. Untuk menjadi lebih baik, sudah pasti nilai yang tinggi perlu dicagarkan.

Pembersihan hati perlu dilakukan. Hati dibersihkan dari segala kekotoran. Tiada lagi kepentingan duniawi diutamakan. Bila ini dapat kita lakukan, insyaAllah kita akan berubah secara beransur-ansur.

Dalam hidup ini, kita perlu fahami konsepnya hanyalah HATI. Bila hati kita baik dan bersih, insyaAllah apa jua yang kita fikirkan dan lakukan adalah perkara2 yang baik yang selari dengan syariat Allah. Bila semua yang kita lakukan meletakkan hukum Allah sebagai panduan, maka insyaAllah kebahagiaan dan ketenangan sentiasa bersama kita.

Hindari diri daripada memiliki hati yang hitam kerana hati yang hitam tidak akan puas dengan apa yang ada dan hati yang hitam juga akan sentiasa tidak berpuashati dengan apa yang orang lain ada. Di sini lah nanti manusia akan merajakan dunia untuk kepentingan diri.

Justeru, urus hati dengan baik agar apa jua yang kita buat semuanya yang baik2 jua. Tidak menyakiti orang dan sentiasa memandang dari sudut positif. Jika gembira dan bahagia maka bersyukur lah. Jika kecewa dan derita, maka muhasabah diri dan yakin bahawa Allah sedang memberi perhatian dan "kasih sayang" buat kita. 

Salam hormat,

anggerikdesa

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe