Skip to main content

Semperit Susu Sedap...


Hari ni cuti Nuzul Quran.

Habiskan masa dengan buat cookies. Saja2 sambil layan minat baking ni. Hari ni plan buat biskut semperit susu. Siapkan terus ole2 biskut raya untuk semua family ipar duai. Memang menjadi rutin saya menyediakan ole2 biskut raya untuk semua famili ipar duai. Biskut semperit, biskut sarang semut dan tart nenas mmg wajib untuk saya sediakan untuk semua. 

Cara buat semperit ni saya letakkan di sini untuk rujukan keluarga dan semua yang mengunjungi Blog anggerikdesa.

Bahan2:

1. Satu Buku Butter. 

2. 3/4 cawan susu pekat manis (Blh kurangkan satu sudu besar jika tidak suka manis)

3. Satu biji telur merah

4. Dua cawan tepung kastard

5. Satu cawan gandum (boleh lebihkan dua tiga sudu besar) jika adunan lembut sgt.

6. Satu setengah cawan tepung jagung

7. Satu sudu teh essen vanila.

Cara2:

1. Kacau sebati butter dan susu. Dalam tujuh lapan minit. Guna spatula saja.

2. Masukkan telur kuning dan essen vanila. Kacau sebati dua tiga minit.

3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. Mula2 gaul dulu dgn spatula. Kemudian blh guna tangan.

4. Terapkan guna acuan "pecah 15" biskut akan lebih cantik. Doh adunan memang agak lembut. Jgn risau teruskan saja dgn doh begitu. 

5. Bakar dengan suhu 150C api atas bawah selama 20 minit bergantung kpd oven masing2. Oven panaskan dulu 10 minit. Adunan yg telah diterap biarkan dulu dlm 20 minit sebelum dibakar supaya bunganya tidak jatuh.



Selamat mencuba!


anggerikdesa.



Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...