Skip to main content

Spagetti Aglio Olio Best Ever...

Hari ni Monday Blues...

HMmmm meeting full...back to back. Masak untuk lunch simple saja sebab tak nyempat sgt nak berlama kat dapur. Goreng ayam dan gaulkan dengan bawang holland yang telah dimayang dan hirisan cili api. Ayam goreng ni peregukan lawannya dengan budu letak durian dan cili api. Cukup untuk bertambah la kalu menu lagu ni gak.

Tapi entri ni bukan nak cerita pasal menu lunch, tapi nak cerita pasal menu dinner. 

Malam ni sempat ambil masa buat spagetti aglio olio. Usai solat maghrib, terus masuk dapur kelentung kelentang buatkan menu ini for dinner. 

Bahan2nya dah minta Mr. Husband belikan lewat petang tadi. Plan nak buat aglio olio ni dah lama tapi tak jadi2 juga. Tiba2 sesambil berehat santai sementara nak menunggu waktu maghrib, datanglah pula di fikiran, hasrat yang tertangguh ni yang belum tertunai. 

Makanya kali ini tidak bertangguh lagi bila memikirkan sebelah malam tak ada perkara urgent sangat berkaitan kerja2 ofis yang nak dibuat, makanya on la masak spaghetti ni

Jom kita tengok resepi spaghetti aglio olio saya.

Bahan2
1. Spaghetti satu paket. Apa2 brand pun okey.
2. Satu labu bawang putih.
3. Setengah labu bawang holland
4. Dua tangkai cili kering
5. Dua tangkai cili api
6. Udang setengah kg
7. Satu biji capsicum
8. Dua sudu besar cili flakes
9. Sedikit daun parsley - saya guna yang kering saja.
10. Satu kiub ayam
11. Sedikit lada sulah
12. Sedikit serbuk lada hitam
13. Garam dan perasa jika suka. Saya letak sedikit gula bagi melengkapkan rasa. Jika tak suka gula, tak perlu letak.

Cara2:
1. Racik halus bawang putih dan bawang holland. Potong dadu capsicum. Potong halus daun ketumbar. Mayang cili api. Potong halus cili kering.

2. Potong dua baby tomato. Tak mahu potong pun okey, masuk terus begitu.

3. Bersihkan udang. Buang kepalanya dan kulit. Tinggalkan ekornya jangan dibuang. Kalau masak spagetti goreng, memang style udang dipotong begitu.

4. Rebus spagetti dalam 10-12 minit. Dalam air masukkan sedikit minyak zaitun atau minyak masak. Bila spagetti lembut kenyal2 (jangan sampai lembut sangat) boleh tapis dan ketepikan dulu.

5. Panaskan sedikit minyak zaitun. Jika tiada, boleh ganti dengan minyak masak. Saya suka spagetti goreng yang agak berminyak sikit, jadi saya lebihkan sikit minyak. Dalam satu senduk sederhana.

6. Tumis dulu bawang putih. Bila kekuningan masukkan bawang holland. Bila kekuningan masukkan cili kering yang diricik halus tadi, kemudian masukkan udang yang telah dibersihkan dan dibuang kulit tadi. Masukkan terus daun parsley, serbuk lada hitam, kiub ayam, garam dan gula untuk perasakan terus udang.

7. Masukkan cili benggala dan cili api. Kacau serata dan bolehlah dimasukkan spaghetti yang diketepikan tadi.

8. Kacau serata dalam lima enam minit. Siap dan boleh dihidangkan.

Pada saya spaghetti aglio olio ni memang sedap untuk hidangan dinner. Sangat sesuai sebab menu ni tak heavy sangat. Tak ada la nanti rasa mengah sangat bila kita tidak ambil menu berat waktu malam. Bagi penggemar spaghetti pasti bertambah makan style aglio olio ni. Taburkan sedikit parmesan semasa nak makan nanti, lagi sedap rasanya!

Selamat mencuba.










Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe