Skip to main content

Ketupat Sotong Sedap Sangat...

Weekend kembali lagi. Masih rutin dalam PKP, di rumah saja dan tidak ke mana2. Keperluan barang2 dapur diuruskan oleh Mr. Husband.

Hari ni dapat juga membuat ketupat sotong. Sudah sebulan teringat nak makan tapi tidak2 juga dapat membuatnya due pelbagai sebab.

Seawal pagi dah siapkan breakfast. Bee hoon goreng. Justerunya untuk tengah hari tak masak nasi dan lauk-pauk lagi. InsyaAllah bee hoon itu menu hingga ke petang. Malam nanti kalau ahli keluarga nak makan nasi, mungkin beli saja di luar. Selalunya anak2 tak ambil nasi malam.

Jadinya tengah hari tadi buat menu ketupat sotong ni. Minta Mr. Husband belikan barang2 nya. Ketupat sotong ni simple saja bahannya, hanya sotong, santan, pulut dan nise a.k.a gula melaka, juga sehelai daun pandan disimpulkan, dan sedikit garam. Daun pandan memang ada saja di laman. Nise ni memang selalu ada stok di rumah. Ore kelate meme gitu la pesennya...wajib ada nise dalam rumah.

Jom kita lihat cara2 membuatnya.

1. Cuci bersih sotong. Kepala dgn badan sotong sudah pasti kena bercerai lah slps kita cuci dan slps tu kita nak masukkan/sumbatkan pulut ke dalamnya. Toskan. Saya guna 10 ekor sotong.

2. Blend sebiji kelapa dgn 4 atau 5 cawan air atau kuantiti air yang menenggelamkan kelapa parut tadi. Tapis dan ambil santannya. Satu cawan santan tadi buat rendam pulut. Setengah cawan santan ketepikan untuk masukkan dalam kuah dekat2 ketupat sotong hampir nak masak nanti.

3. Rendamkan 3/4 cawan pulut dalam 15-30 minit. Rendam dengan santan. Santan ni dalam satu cawan tidak pekat sangat dan tidak cair sangat. Pulut dicuci dulu ya spt biasa kita cuci beras untuk masak nasi.

4. Kemudian sumbatkan atau masukkan pulut tadi dalam sotong. Jangan penuh sehingga rapat ke hujung. Masukkan dalam 3/4 badan sotong sahaja. Masa proses memasukkan pulut dalam badan sotong ni, jolok2kan dengan chopstick atau hujung sudu untuk pastikan pulut masuk sampai ke bawah. Tutupkan dengan kepala sotong, gunakan lidi pengcungkil gigi tu..sematkan secara bersilang pangkah. Lihat di gambar ya.

5. Bila semua dah siap boleh masukkan dalam periuk. Dasar periuk tu saya letakkan dua sudu besi sebagai alas supaya sotong ni tidak melekat sangat ke dasar periuk, untuk elakkan hangus sbb nanti kita akan masak dengan api kecil dan ambil masa lama sikit. Mungkin dalam 45 hingga sejam...sehingga pulut masak. Jika pulut dah masak maksudnya sotongpun dah lembut. Letakkan juga daun pandan yang disimpul dan selepas tu bolehlah susunkan sotong dalamnya.

6. Masukkan santan tadi, jika santan agak kurang boleh tambahkan air cket..lebih tak mengapa sebab nanti kita nak renehkan lama. Masukkan sedikit garam. Kuah ni terpulang kepada cita rasa masing2, jika tak suka pekat boleh cairkan sikit. Kalau saya, saya suka kuah yang tidak pekat sangat. Kalau pekat sangat nanti kita rasa cepat muak.

7. Masak dengan api perlahan. Di permulaan tutup dulu periuk. Bila pulut dah masak boleh masukkan dua keping nise dan dua tiga sudu gula putih bergantung kepada tahap manis yang diinginkan. Kemudian biarkan dalam 10 minit dan masukkan dalam setengah cawan santan yang diasingkan tadi (masukkan sedikit santan pekat atau kepala santan di penghujung ni adalah tips mak saya untuk bagi kuah tu lebih sedap rasanya). Dalam lima enam minit kacau serata dan ketupat sotong siap.

Selamat mencuba buat semua. Ketupat sotong antara menu popular di Pantai Timur. Soho la kiranya di kelate. Pada saya menu ni sangat sedap dan memang favorite saya. Kalau sebelah luar mungkin kena tengok kpd orang juga, ada yang suka dan mungkin ada yang tak suka..mungkin ada yang pelik bila sotong bergabung dgn pulut dan bersantan...

Beberapa gambar yang sempat saya rakam. Tapi pencahayaan mcm tak berapa cukup sikit dan gambar ni nampak tak cantik sikit walapun di luar dah comey molek dah warna ketupat sotong ni...

Jangan pelik pula lihat yang warna hijau tu. Warna hijau tu adalah daun pisang. Saya bungkuskan pulut yang lebih dan tanakkan bersama sotong2 ni. Lebihan pulut ni nanti sangat sedap dimakan berpalut elok dengan kuah ni.







Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe