Skip to main content

Sayur Lemak Putih Gaya Kelantan...





Sejak minggu lepas lagi, saya teringat nak makan sayur lemak cara kelate kesukaan arwah nenek. Nenek sebelah emak saya panggil mok. Tapi tak sempat nak buat. Hari ini baru ada kekuatan sikit.

Dulu2 masa mok masih ada, menu ni adalah menu kegemaran mok. Kalau mok buat sayur lemak, mok akan letak bawang dan ikan rebus yang banyak. Mok akan tumbuk bawang dan isi ikan rebus tu dalam lesung. Jadi rasa sayur lemak tu memang betul2 sedap, mungkin bercampur dengan sentuhan mok, sayur lemak jadi sangat sedap. Mok memang pandai masak. Semua masakannya sedap. 

Selalunya bila buat sayur lemak, saya memang akan blend aje semua bawang dan isi ikan tu. Tapi kali ni, saya tumbuk sebab saya teringat sayur lemak cara mok. Cuma, kalau sayur lemak mok, mok akan letakkan sedikit lada benar atau lada hitam. Saya tak berapa suka rasa lada hitam tu dalam sayur lemak, makanya saya tak letak. Mok juga akan bakar sekejap bawang merah tu bagi mendapatkan rasa sayur lemak yang lagi sedap, tapi buat masa ini saya sekadar dapat buat yang mudah2 saja, jadinya saya tak bakar bawang tu..saya terus tumbuk aje.

Makanya siaplah sayur lemak ala2 mok for lunch today. Allahu sangat sedap. Pekena pula dengan ikan masin, memang lagi nyakot molek. Ikan masin ni yang jenis jeruk tu, lagi sedap makan dengan sayur lemak.

Bagi yang berminat dengan sayur lemak style kelate ala arwah nenek saya ni, boleh mencubanya nanti. Memang sedap. Bahan2 juga sangat mudah. Untuk satu biji kelapa, sekali blend saja dalam blender. Tujuh lapan ulas bawang merah kecil, seulas kecil bawang putih. Bawang putih ni secoet saja, kalau tak bubuh pun tak mengapa. Ikan selayang atau ikan sardin tiga ekor direbus dan ambil isinya. Masa rebus ikan, taruk sedikit air paras ikan saja, sedikit garam dan dua keping asam keping. Blend semua bahan tadi, masukkan santan terus semasa blend tu. Jika kuah pekat sangat boleh tambahkan setengah cawan air.

Manakala untuk sayur, pelbagaikan campur2 pun boleh, kobis, sawi, petola, terung, dsbnya lagi. Sayur yang saya buat ini saya habiskan apa yang ada dlm peti ais, potong sayur2 yang ada ni, terung, petola, dan baby jagung, juga satu tangkai cili hijau besar. Campur sekali harung semua bahan, dan biar sekali menggelegak saja dah boleh padamkan api. Jangan lupa masuk garam gula dan sedikit serbuk perasa jika suka. 

Makanya siap dan boleh dihidangkan untuk seisi keluarga. Memang sedap. Tips masak sayur ni, jangan sampai santainya pecah minyak atau berketul, dan jangan bagi sayurnya tu terlebih masak, lembik sangat pula nanti. Cuma sayur lemak saya kali ni nampak tak berapa comey sikit sebab saya sengaja tak blend halus bahan2 campuran isi ikan rebus dan bawang tadi. Isi ikan tu sengaja saya biarkan kasar2 begitu sedikit sebab saya nak dptkan sayur lemak macam arwah mok buat.

Semoga arwah mok damai di sana...

Al-Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...