Skip to main content

Lala Masak Tumis Ringkas...

Malam tadi masak Lala Tumis mudah2 ore kelate kata.

Seharian tak jamah nasi kecuali sedikit nasi lemak di awal pagi kat ofis. Hanya makan satu per empat daripada bungkusan nasi lemak tu. Hmmm...

Malam tadi selepas maghrib masakkan Lala ni untuk dinner. Jarang masak belah malam sebenarnya, tetapi sebab seharian tak jamah nasi, makanya masak la juga simple2. Nak beli luar pula, serasa nak makan masakan yang dimasak sendiri, baru kena dengan selera.

Justerunya, masaklah juga yang simple2 goreng dan tumis saja. Maka siap lah ikan kembung goreng pedas dan Lala Tumis kosong atau tumis mudah ni. 

Tumis lala ni sangat mudah. Ore kelate kata semesek. Bahan2nya cuma guna dua ulas bawang putih, seulas bawang merah kecil tu, dua batang serai dan satu sudu cili giling, satu tangkai cili api jika suka sekadar untuk aroma saja. Jika suka belacan boleh taruk secoit belacan. Saya tak taruk kali ni.

Cara-caranya pun sangat mudah bila bahan2 masakan pun mudah. 

1. Basuh bersih2 lala sebab ia berpasir sikit. Pasir2 yang melekat sikit2 kat lala tu kadang2 susah sikit nak keluar. Selepas cuci bersih, rendam sekejap dalam 15 minit ke setengah jam bagi tujuan mengeluarkan pasir2 halus yang ada melekat kat dalam lala tu.

2. Tumbuk pecah2 saja bawang putih dan bawang merah. Bagi yang taruk belacan boleh bubuh masa ni, tumbuk dengan bawang sekali. 

3. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga keperangan. Boleh masukkan terus serai masaa menumis ni. Masukkan cili giling tadi dan gaul sekejap. Bila dah pecah minyak, boleh terus masukkan lala yang telah disejat dan ditapis dulu tadi.

4. Gaul serata. Masukkan garam dan gula juga perasa. Jika nak berkuah lebih boleh tambahkan air sikit. Lala tak perlu dimasak lama, nanti isinya keras. Cukup sekadar sekali menggelegak saja. Dekat nak angkat tu boleh masukkan satu tangkai cili api yang telah dipotong halus, sekadar untuk aroma saja.



Bila bercerita tentang lala ni, teringat kenangan zaman kecik2 dulu. Masa tu dalam umur 13 tahun rasanya. Selalu menjadi peneman ayah pergi cari lala kat kampung sebelah. Ayah bila dia tak mengajar masa cuti sekolah bulan Disember tu, makanya bermula lah hobinya suka dengan sungai.. Naik perahu cari buah nipah, cari lala di kawasan permukaan air cetek separas lutut, menjala ikan, cari udang dan cari ketam...

Aktiviti ini memang aktiviti rutin ayah masa cuti sekolah. Saya lah yang ayah bawa sebagai 'pembantu'...dapatlah saya merasa naik perahu, melihat cara ayah mengemudikan perahu. Perahu ni namanya perahu kolek kalau tak silap. Bukan mudah sebenarnya nak kemudikan perahu ni..kalau tiada kemahiran, mahu terbalik. Merasalah juga masuk dalam hutan nipah bakau mencari buah nipah, mencari lokan dalam selut lumpur tu. Memang best dan menjadi kenangan yang sangat indah. Melalui semua itu adalah suatu pengalaman yang cukup berharga buat saya...

Salam Hormat.

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe