Skip to main content

Apa Kata Dale Carnegie Tentang Kebimbangan...

Sudah seminggu tidak sempat singgah di blog due banyak perkara yang mengekang. Hari ini kembali seketika, sekadar penulisan pendek. Semalam sesambil berehat membelek-belek salah sebuah buku Dale Carnegie, salah seorang penulis tersohor dunia dengan banyak buku penulisannya berkaitan dengan pembangunan diri, ketrampilan dan kemahiran interpersonal, juga public speaking dan corporate training.

Sekadar perkongsian di blog anggerikdesa apa yang dikatakan oleh Dale Carnegie dalam Bukunya "How to stop Worrying and Start Living" (Bagaimana Menghindari Kebimbangan dan memulakan Kehidupan). Buku ini telah lama saya beli, rasanya lebih lima tahun lalu dan saya juga telah habis membacanya. Bila membeleknya kembali, saya sekadar memberikan fokus kepada beberapa bahagian yang saya tanda untuk mudahkan saya mengulang baca sekiranya saya ingin membacanya semula.

Antara kata Dale Carnegie dalam buku ini:

1. Cara yang paling baik dalam membuat persediaan untuk masa hadapan ialah dengan melaksanakan tugas hari ini dengan sebaik mungkin dengan senang hati serta menggunakan keseluruhan kemampuan yang anda miliki. Hari ini harus menjadi hari yang baik untuk persiapan masa hadapan.

2. Setiap hari merupakan kehidupan baharu bagi orang yang bijaksana. Justeru, berikan yang terbaik pada setiap hari yang dilalui.

3. Tutuplah pintu besi masa silam dan masa akan datang. Hiduplah dalam jangka waktu terbatas. Jangka waktu terbatas ini merujuk kepada pemikiran dan fokus penumpuan kepada apa jua yang dilakukan pada hari ini.

4. Hiduplah tanpa melayan kebimbangan dan kesedihan kerana kebimbangan dan kesedihan itu mempunyai ciri-ciri yang sangat buruk, iaitu menghancurkan kemampuan kita untuk berkonsentrasi. Bila mana kita bimbang dan bersedih, fikiran kita meloncat ke sana ke mari dan melayang merata-rata tanpa tujuan menjadikan kita tidak fokus dan tidak mempunyai daya juang yang tinggi.

5. Tiadanya kebimbangan dalam diri menjadikan seseorang itu dapat menyembuhkan diri mereka sendiri (70% possibility) seandainya mereka dapat bebas dari ketakutan serta kebimbangan. Kata salah seorang doktor yang dinyatakan dalam penulisan Dale Carnegie.

6. Ketakutan menyebabkan kebimbangan. Kebimbangan membuatkan anda tertekan, gelisah dan mempengaruhi saraf perut yang sebenarnya mengubah jus gastrik perut dari keadaan biasa menjadi luar biasa. Malahan sering mengarah kepada timbulnya barah perut. Kata Dr. Joseph Montague dalam bukunya "Nervous, stomach trouble', Beliau berkata "anda tidak akan menderita barah perut kerana makanan yang anda makan. Anda menderita barah perut kerana sesuatu yang memakan anda."

7. Kekuatan yang paling menyegarkan jiwa ialah kesihatan, agama, tidur yang cukup, muzik serta ketawa. Keimanan kita, cukup tidur, menggemari muzik yang indah, dan melihat kehidupan dari sudut yang menyeronokkan. Maka kehidupan anda akan sihat dan bahagia.

8. kebimbangan membekukan imaginasi. Kebimbangan membuat kita mengetap rahang dan menyebabkan wajah jadi beralur dan berkerut-kerut. Raut wajah menjadi selalu muram. kebimbangan boleh juga mengakibatkan rambut menjadi uban dan dalam beberapa hal tertentu juga boleh menyebabkan keguguran. kesedihan hati dapat merosakkan corak kulit dan mengakibatkan kudis, ruam serta jerawat.

9. Kebimbangan boleh mengakibatkan anda diserang reumatik dan radang sendi hingga anda terpaksa menggunakan kerusi roda. Dr. Russel L.Cecil dari Sekolah Kedoktoran Cornel Universiti, terkenal sebagai pakar radang sendi, Menurut Dr. Russel ada empat keadaan yang umumnya menyebabkan sakit radang sendi. Keempat-empat keadaan tersebut tercatat seperti berikut:
i. Kehancuran perkahwinan
ii. Kesedihan dan mala petaka kewangan
iii. Kesepian dan kebimbangan
iv. Dendam kesumat yang tidak kunjung padam.

Justeru itu, apa yang dapat kita ambil sebagai ingatan dan pengajaran daripada beberapa perkara yang ditulis oleh Dale Carnegie ini adalah jangan kita meletakkan rasa kebimbangan dan kerisauan yang terlalu tinggi dalam hidup kita sehingga memusnahkan diri. Kita perlu melatih diri untuk menukar kebimbangan kepada kebahagiaan dan kegembiraan yang akhirnya nanti akan membuatkan hidup kita bahagia dan tenang. Cari kaedah untuk melupakan kebimbangan, kerisauan dan kesedihan dalam diri dengan meningkatkan keimanan kita kepada Allah, banyakkan beribadat, dengan solat di awal waktu, berzikir, dan bersedekah dan menghindari perkara-perkara negatif, juga berusaha menambahbaik diri. Sentiasa positif dan berlapang dada dengan apa jua situasi yang dihadapi. Berusaha untuk memiliki hati yang baik dan sentiasa melakukan kebaikan dan berusaha untuk meninggalkan dosa kerana dosa itu akan menjadi penghalang rahmat dan keberkatan serta rezeki Allah datang kepada kita.

Salam hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe