Skip to main content

Permainan Dalam Organisasi...

Penat sebenarnya jika kita melihat permainan dalam organisasi. Tahapnya kadang2 sama seperti permainan politik peringkat negara. Kejap begitu kejab begini. Ada yang mungkin sampai tahap "letih mata dan letih telinga". Keliru dan rasa cuak bercampur baur. Sudah tak pasti yang mana betul yang mana salah. Kadang-kadang terasa yang betul dah jadi salah, yang salah tu pulak jadi. Wallahua'lam hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. 

Walau dalam apa jua keadaan, organisasi perlu sentiasa bergerak (beroperasi mengikut bagaimana ianya ditadbirkan). Organisasi takkan mungkin statik atau pasif, kecuali organisasi itu sudah ditutup dan tidak beroperasi lagi. 

Sesebuah organisasi memiliki ramai anggotanya yang akan sama-sama bekerja dan saling berkait antara satu sama lain dalam mencapai objektif organisasi. Pekerja semakin hari akan semakin terlatih dan mahir dalam menjalankan tugas. Juga akan berlaku bila sudah semakin ramai yang mempunyai kepakaran dan semakin bijak pandai dalam sesebuah organisasi sudah pasti juga macam2 kreativiti dalam pemikiran mengambil tempat sama ada kreativit yang bertujuan baik mahupun sebaliknya.

Secara umumnya Gelagat Organisasi (OB) dalam sesebuah organisasi ada pelbagai pesen. Ada yang bijak pandai dan hebat berstrategi, ada yang bijak pandai kaki belit, ada yang bijak pandai bermuka-muka, ada yang bijak pandai yang nak tunjuk pandai. Ada yang bijak pandai menjadi lalang, ada yang bijak pandai memanipulasi, ada yang bijak pandai tidak punyai kuasa tapi beraksi macam berkuasa, ada yang bijak pandai yang bijak mencari dan mengambil peluang, ada yang bijak pandai tapi tukang angguk dan "yes sir" saja, ada yang bijak pandai tapi terpaksa menjadi pemerhati sahaja dan pelbagai ragam lagi . Itulah dianya kita panggil gelagat dalam organisasi (OB). Gelagat-gelagat sebegini adalah normal dalam organisasi, datang dan pergi silih berganti. 

Jika ada yang bertanya, bila agaknya drama dan plot cerita OB sebegini dalam organisasi akan berakhir. Jawapan yang pasti, drama dan plot cerita ini tidak akan berakhir selagi kreativiti dan pemikiran anggota organisasi melangkaui soal nilai dalam diri. Bila tiada nilai dalam diri, manusia terus rakus mengejar nama, populariti, pangkat dan kuasa. Berlumba-lumba untuk menunjukkan kehebatan. Budaya baling batu sembunyi tangan, tikam belakang, bermuka-muka sudah menjadi normal dalam organisasi.  Budaya yang tidak sihat ini akhirnya akan memusnahkan sistem pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. 

Kembali kepada gelagat dalam organisasi (OB)...menurut Robbins, 2000, gelagat organisasi ini melibatkan tiga komponen iaitu individu, kumpulan dan struktur. Satu-satu organisasi akan dapat beroperasi dengan cekap dan berkesan sekiranya ketiga-tiga komponen ini digabungkan.

Gelagat individu dan kumpulan2 dalam organisasi dilihat dalam dua bentuk, iaitu berbentuk formal dan tidak formal. Individu-individu dan kumpulan-kumpulan ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi. Jika individu dan kumpulan yang ada dalam organisasi mempunyai ciri-ciri pekerja atau ketua yang baik maka organisasi akan menuju kecemerlangan, jika sebaliknya sesebuah organisasi itu mungkin akan menuju kehancuran jika damage control tidak dilakukan segera.

Kesimpulannya, sesebuah organisasi itu akan terus cemerlang dan terbilang jika sistem dan nilai ditadbirkan dan diuruskan dengan baik, dan dalam masa yang sama anggota di dalamnya juga terus bekerjasama dengan baik dalam menjalankan peranan mengikut sistem dan nilai baik yang dipegang.

Sekadar pandangan peribadi.

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...