Skip to main content

Pemergian Yang Dicemburui.....

Beberapa hari yang berlalu, satu negara dikejutkan dengan berita kematian artis terkenal allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, juga isteri kepada pelawak terkenal negara, Shuib daripada Kumpulan Sepahtu.

Saya sememangnya ingin menulis tentang ini, namun saya tangguhkan dulu sehinggalah ke malam ini, saya menjengah ke blog untuk menitipkan pemikiran peribadi saya terhadap berita kehilangan ini. Saya terpanggil untuk menulis tentang ini kerana saya berpandangan berita pemergian arwah Siti Sarah ni adalah suatu pemergian yang sangat menyedihkan dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri semua orang, terutamanya kaum wanita.

Saya tidak pernah berjumpa arwah dan tidak juga mengenalinya secara peribadi. Saya sekadar mengenali dia sebagai seorang public figure. Dia juga bukan antara artis yang menjadi fav saya. Genre lagunya juga bukan genre lagu yang saya minati, kecuali lagu "Kesetiaan", sesekali saya menyanyi2 kecil kerana melodinya boleh la sikit2 masuk dgn genre yang saya suka.

Namun begitu, pada Isnin yang lalu berita pemergian arwah sangat mengejutkan seluruh negara, juga agak meruntun jiwa semua termasuk diri saya. Sejak Isnin hingga hari ini, saya masih memikirkan tentang arwah. Membayangkan macam2 sehingga setiap malam bayangan wajahnya hadir di mata dan fikiran saya...Allahu, MasyaAllah...saya membacakan Al-Fatihah dan disedekahkan kepada arwah.

Aduhai, satu hal juga lah saya ni...mmg "penyakit" juga la kpd diri saya, bila ada kematian aje, berminggu2 lah saya akan mengenangkan dan memikirkan tentang bagaimana arwah di alam sana dan bagaimana pula keadaan keluarga yang ditinggalkan. 

Di awal penulisan tadi, saya menyatakan bahawa saya ingin berkongsi pemikiran saya tentang kematian arwah Siti Sarah ini. Ya...Sebuah pemergian yang dicemburui. Arwah dijemput Allah dalam keadaan yang sangat baik...pergi selepas melahirkan...pergi akibat wabak, positif Covid-19. 

Sangat menyentuh rasa di hati, pilu dan sedih bila mendapat tahu arwah pergi dalam keadaan tidak sempat menatap wajah bayi yang dilahirkan. Arwah dijemput dalam keadaan selepas melahirkan, juga dlm masa yang sama meninggal atas sebab diserang wabak. Cukup istimewa bahagian arwah ini... Hanya Allah jua yang lebih mengetahui...

Mengimbau kembali info-info yang dibaca tentang arwah. Dalam keadaan begitu hampir dengan kematiannya, keadaan oksigen arwah semakin kritikal sehingga arwah terpaksa ditiarapkan, dan dalam masa yang sama juga doktor memaklumkan ada darah beku dalam paru2 arwah...Allahuakbar. Sedangkan pada saat itu keadaan arwah baru sahaja sehari selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam perutnya.

Dalam keadaan yang semakin lemah, arwah akhirnya pergi buat selama-lamanya di awal pagi Isnin, 9 Ogos 2021, sehari sebelum memasuki awal tahun Hijrah...1 Muharam 1443H. Suaminya, Shuib menulis memaklumkan berita Sedih ini dengan caption "Bidadari syurga saya telah pergi buat selama-lamanya"

Caption Shuib ini sangat meruntun jiwa seluruh negara yang membaca dan mengikuti perkembangan arwah Siti Sarah semasa dimasukkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas. Saya sendiri juga tertanya2, entah mengapa pemergian arwah Siti Sarah ini sangat terkesan pada semua orang dan meruntun hati, sedangkan kita tidak mengenalinya secara peribadi, hanya sekadar mengenali kerana arwah adalah seorang public figure sahaja...tetapi kehilangannya begitu meresap ke dalam hati. Pasti ada amalan arwah yang menjadikan Allah begitu memuliakan kematiannya. 

Rata2 seluruh negara bercerita tentang kematian arwah yang sangat baik dan istimewa ini. Suami arwah menyatakan betapa berseri2 dan bercahaya cantik wajah arwah, tersangat ringan jenazahnya semasa disambut untuk dimasukkan ke liang lahad. Betapa ramainya orang yang hadir ke tanah perkuburan, walaupun keadaan pandemik dan dengan kawalan SOP, ramai yang datang untuk memberikan penghormatan terakhir. Lancar sekali perjalanan akhir arwah Siti Sarah dibawa ke kubur dengan kereta polis mengiringi dan kawalan pihak polis di pintu masuk tanah perkuburan. 

Selepas pemergian arwah, satu persatu kebaikannya yang suka bersedekah terbongkar. Arwah suka bersedekah dalam diam dan tidak mahu ianya dihebahkan. Arwah juga seorang isteri dan ibu yang baik. Arwah mendapat redha daripada suaminya Shuib. Jika dilihat kepada video2 keluarga yang sentiasa di upload di youtube, arwah dilihat sbg seorang yang sangat baik kepada suaminya dan seorang ibu yang sangat penyayang dan sporting dengan anak-anak. Arwah juga seorang anak yang baik dan tidak pernah melawan cakap. Ini diceritakan sendiri oleh ayah arwah yang juga seorang artis, Raisuddin Hamzah. 

Arwah juga sangat baik dengan ibu tirinya. Drpd cerita yang dikongsikan oleh salah seorang rakan kongsi yang baru saja arwah plan untuk berkolaborasi dalam perniagaan, arwah sedang dalam satu perbincangan untuk mengeluarkan satu produk dan bisnes itu dibuat khusus untuk diberikan kepada emak tirinya nanti. Di sini terlihat betapa arwah adalah seorang yang sangat mengambil berat dan sangat baik dengan ibu tirinya.

Betapa hebatnya sikap arwah yang sangat suka bersedekah ini, sehinggakan pada saat nak dibawa ke hospital, beliau masih teringat untuk bersedekah. Arwah telah meminta ibu tirinya memindahkan sejumlah RM30 ribu daripada akaunnya untuk dibuat sedekah. Arwah seakan dapat merasakan yang dia akan pergi. Berita ini dikongsikan sendiri oleh ibu tiri arwah selepas arwah tiada. Niat arwah telahpun diselesaikan oleh ibu tiri arwah.

Selepas kematian arwah juga, kita mendapat khabar, ada solat ghaib dilakukan di Masjidilharam khusus untuk arwah. Juga bacaan Yasin drpd anak2 tahfiz di Indonesia khusus buat arwah. MasyaAllah...

Bila kita merenung kembali apa yang berlaku seperti penulisan di atas, fahamlah kita mengapa begitu sekali jenazah arwah diberikan kemuliaan oleh Allah. Mungkin ada lagi amalan2 arwah yang kita tidak tahu yang menjadikan begitu sekali seluruh negara terkesan dengan pemergiannya.

Dalam satu aspek lain, pemergian arwah Siti Sarah ini menjadi satu pengajaran dan inspirasi kepada ramai wanita. Pemergiannya juga telah dapat menjentik hati kita semua untuk terus berusaha menambahbaik diri dan mendambakan pemergian ke negeri abadi dalam keadaan yang husnul khotimah. 

Sama-sama kita mendoakan semoga arwah Siti Sarah ditempatkan bersama orang-orang beriman di sisi Allah dan bersemadi dengan tenang di alam sana. Juga didoakan semoga suaminya Shuib diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menerima dan redha dengan dugaan yang amat berat ini. Semoga Shuib dipermudahkan dalam menjaga dan membesarkan empat orang anak yang masih kecil-kecil lagi, termasuk bayi pra matang yang dilahirkan oleh arwah.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segala yang berlaku. Sudah pasti setiap ujian yang Allah datangkan ini adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. InsyaAllah semuanya dalam perancangan dan peliharaan Allah.

Amiin Ya Rabbal Alamin.




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe