Skip to main content

Perkongsian Gis Seminar Magnet Rezeki Reset Minda

Mengimbau kembali ajakan adik di kampung yang diutarakan melalui Family's whatsApp group untuk kami adik-beradik semua dapat hadir sama-sama ke Seminar mengenai "Magnet Rezeki Reset Minda" oleh gabungan padu, Datuk Profesor Dr. Muhaya dan Pak Nasrullah daripada Indonesia. Seminar ini akan diadakan pada 22 Februari 2020 bertempat di Bangi Avenue Convention Center, Taman Bangi Avenue, Bangi, Kajang. 

Adik sebenarnya inginkan semua ahli keluarga dapat bersama-sama dalam seminar ini kerana katanya sangat baik untuk kehidupan dalam segala aspek kehidupan. Katanya dia telah hampir setahun lebih mengikuti perkongsian dan ilmu daripada Datuk Dr. Muhaya dan Pak Nasrullah ini.

Time adik mengajak tu sebenarnya baru di awal bulan dan masih lama lagi dengan tarikh seminar ini. Namun, saya pada masa itu telahpun komit diari dengan satu talk berkaitan Penulisan surat rasmi, kertas kerja dan minit mesyuarat. Kalau belum komit berminat juga saya dengan seminar sebegini. Tapi sayang sekali diari telah dibooked.

Saya melihat kepada poster seminar. Poster seminar menyatakan beberapa perkara penting. Antara yang dapat saya kongsikan di sini adalah dinyatakan mengapa anda wajib hadir ke seminar ini, iaitu:

1. Diri terasa begitu kerdil. Mudah lemah dengan cabaran, sukar bangkit daripada kejatuhan.
2. Hidup tiada ketenangan. Minda, emosi dan jiwa berkecamuk terbelenggu dengan masalah bertimpa tiada kesudahan.
3. Rumah tangga kacau bilau, suami isteru selalu bergaduh. Anak tidak hormat dan tidak mendengar kata.
4. Hutang keliling pinggang yang tak pernah selesai. Hidup kais pagi dan petang. Semua bisnes tidak menjadi.
Kemahuan untuk berjaya sangat kuat tetapi seolah ada yang terhalang.

Dalam poster itu juga memaparkan
"Delete masalah anda on the spot"

Sekali imbas membaca...hati saya berbisik "wahh, agak detail betul pernyataan tentang mengapa seseorang itu wajib hadir dalam seminar berkenaan. Justeru, saya membuat kesimpulan sendiri bahawa seminar ini fokusnya adalah lebih kepada "vitamin rohani", di mana perkongsian ilmu untuk meningkatkan kekuatan dalaman (kekuatan rohani) yang menjadi ibu kepada segala kekuatan diri. Bila rohani kita kuat sudah pasti kita mampu menangani segala masalah kehidupan dengan baik dan berhemah.

Kembali kepada cerita ajakan adik di atas tadi. Akhirnya masanya pun tiba dan adik saya hadir ke seminar berkenaan dengan suami dan anak sulungnya. Tiada antara adik-beradik kami yang dapat bersama kerana masing-masing telah mempunyai komitmen yang telah disetkan awal. InsyaAllah di ruang waktu akan datang...

Secara peribadi saya rasa agak rugi kerana tidak dapat menyertai dan menimba ilmu baharu ini kerana katanya gabungan Dr. Muhaya dan Pak Nasrullah adalah gabungan yang sangat mantap dalam menggabungkan kepakaran masing-masing.

Selepas selesai seminar ini, adik saya telah berkongsi dengan kami adik-beradik beberapa parts dalam video seminar ini. Saya belum berkesempatan lagi menontonnya sampai habis. Adik saya juga menulis semula ilmu yang diperoleh dan berkongsi dengan kami adik-beradik, saya petik di sini tulisan semula adik saya untuk perkongsian mereka yang berkunjung ke blog ini.

"Rezeki selalu datang bersama-sama dengan ujian. Didahului dengan ujian. Ujian itu lah yang kita tak suka. Kesedihan, kehilangan, kegagalan, kesusahan, kemiskinan, kesulitan, kemarahan dan sebagainya lagi. Kalau kita faham bahawa ujian itu adalah bungkusan kepada rezeki yang akan datang sekejap lagi. Seharusnya kita tabah, tersenyum, alu-alukan kedatangan bungkusan ujian itu. Sebab sekejap lagi akan ada rezeki yang mencurah-curah. Jangan kita jadi orang yang terlewat dan terlambat mengucapkan alhamdulillah. Jika kita sendiri tidak menerima bungkusan ujian itu. Sudah tentu rezeki di dalamnya akan lari dan menjauhkan dari kita."

"Positive thinking bisa diperoleh dengan fikiran dan kata-kata...bagus...iya...boleh...iya betul...tapi, "positive healing" hanya bisa diperoleh dengan ibadah dan tidak bisa dengan upaya sendiri tetapi diperoleh dengan bantuan Allah...itu lah yang mahal harganya."


Saya juga kongsikan di sini, catatan semula antara peserta lain yang dikongsikan oleh adik saya di WhatsApp. Saya mohon izin jua untuk kongsikan di blog saya ini walaupun perkongsian ini memang telah di public kan kerana itu adik saya dapat kongsikan dengan kami. Sangat baik untuk sebar luaskan perkongsian yang sangat bermanfaat ini.

[MAGNET REZEKI RESET MINDA]
❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️

“Terima Kasih ya Allah, kerana memilih saya untuk berada dalam satu majlis ilmu yang sangat LUAR BIASA energinya semalam”


Subhanallah.

Alhamdulillah.
Allahu Akbar.

Saya yakin, ramai sangat yang nak pergi kalau diberi peluang dan masa. Dengan rasa bersyukur sebab direzekikan Allah untuk hadir ke MRRM semalam, saya ingin kongsikan apa point yang saya dapat tangkap dan nak simpan kemas-kemas. 


Supaya ramai yang belum hadir dapat ambil auranya juga.


Semalam kami BERBAHAGIA melakukan transformasi bersama dua ikon best iaitu Prof Dr Muhaya dan Pak Nasrullah dari Indonesia.


Mendengar ceramah dua insan ini sangat rasa compliment each other. Seumpama bekas dan penutup bekas, sangat ngam dan COMPLETE.


Mana mampu saya nak tuliskan semua apa yang saya belajar semalam kan? Dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.30 petang, sangat banyak ilmu yang berjaya saya sedut. 5 jam. Sangat banyak. Tapi saya cuba make it simple, but sweet to be read.


Mungkin ada yang pernah saya dengar dan baca sebelum ni di YouTube dan telegram, namun ruh dan auranya memang lain macam kalau dengar direct dari penceramah depan mata.

Bersama dua ribu manusia yang memenuhi dewan🤔

“Such an amazing programme ever!!!”


*****************************************

Bahagian 1 

❤️PROF MUHAYA❤️


Banyak saya berjaya membuat revision kembali sejak follow Prof sejak 8 tahun lepas. Saya simpulkan kongsikan sedikit untuk anda.


1. Jenis orang dalam kehidupan🌸


Prof mulakan sesi dengan bercerita tentang 3 jenis orang dalam kehidupan


A) Angin 

B ) Baik
C) Cemerlang

Orang yang paling kiri adalah golongan A, golongan kita panggil sebagai “angin”. Mudah je nak angin satu badan. Orang yang suka sangat sebarkan berita buruk. Dia tak tenang kalau tengok orang tenang. Dia selalu mencetuskan perkara negatif, orang lebih kiri dari ini dipanggil neurotik.


Baik - Golongan ini baik. Just nice. Kalau tak ada apa-apa berlaku, dia okey, tenang dan bahagia. Namun, once ada event tak best je terjadi, dia mudah risau, mudah tak tenang. Terpengaruh dengan orang sekeliling.


Cemerlang ni golongan sedikit. Yang tenang. Yang best. Yang tak kisah sangat apa orang kata. Mungkin hanya 5% je manusia berada dalam golongan ni.

C ni sangat berbeza dengan neurotic persom, C ni NLP : No Limit Person. Kreatif. Suka sebarkan kebaikan.

Kalau kita diberi pilihan, nak yang mana? Mestilah yang C kan? Golongan paling kanan, golongan CEMERLANG!!


Tapi, caranya bagaimana? 

Jom belajar caranya. Kutip melalui penulisan ini ya!

2. Analogi Kereta Kuda🌸


Bayangkan satu kereta kuda, yang disana ada beberapa komponen. Kuda, driver kuda, kereta kuda, Puteri dalam kereta kuda.


Macam mana kita nak baikkan hati dan diri kita untuk menjadi golongan cemerlang? Ikuti ini


✅Kuda : Nafsu

✅Driver : Akal
✅Kereta Kuda : Badan
✅Puteri : Hati

Puteri sangat penting, orang kenamaan, dialah raja yang menyuruh pemandunya mengikut arahannya.


Bayangkan jika ada seorang menembak mati si driver, apa akan jadi pada kuda, kereta kuda dan Puteri?


Pasti akan kemalangan kan?

Puteri pun mungkin akan mati sekali.

Driver mati atau hilang fokus > Kuda jadi terkejut tak terkawal > Kereta Kuda jadi terbabas > Puteri akhirnya mati tercedera.


Begitulah kita. Andai kita tidak menjaga hati, ia akan memberi arahan tak bagus untuk akal, kemudian nafsu tidak terkawal, seterusnya badan dan hati juga menjadi mangsa semula.


HATI, kena baik.


3. TRANSFORMASI🌸


Kita ni, nak transform diri, kena ada caranya


✅ Change identity 

“Saya seorang positif. Saya solehah. Saya tenang”

Fikir apa yang kita nak jadi tu


✅ Change subconcious mind.

Nak berubah, jangan hanya melalui minda sedar. Kena sentiasa berlatih nak positifkan minda separuh sedar.

✅ Build Capability to change

Ini kena buat menggunakan ilmu. Cari ilmu, gali ilmu, sedut ilmu. Cintai ilmu.

✅ Change Behaviour

Ubah tabiat. Ubah dan ubah.

✅ Change Environment

Pilih untuk berkawan dengan orang baik-baik. Circle positif. Circle tenang. Circle suka memberi kebaikan. Pasti bakal terjangkit. 

4. Jom jadi orang yang punyai VIBRATION tinggi.🌸


Bayangkan kalau boleh pilih, kita nak duk dalam penthouse yang tinggi, yang mahal, ataupun nak berada di basement? Di rumah bawah tanah lebihan tanah orang lain je...


Mesti kita nak berada di tempat special kan? 


Amazingnya, orang yang berada diatas adalah orang-orang yang mempunyai vibration yang sangat tinggi. Patutlah mereka boleh berjaya.


Bagaimana ciri orang yang ada vibration sebegitu?


Mereka suka memberi “makna” dalam kehidupan orang lain. Suka melihat orang lain gembira. Apa yang difikirkan setiap hari adalah “apa aku nak beri manfaat pada hari ni”


Nah!!

Zassss.

Kita ni energy dan vibration setinggi mana je ya? Asyik fikir “apa aku dapat, apa benda percuma yang aku nak dapat...”


5. Latih diri, sukakan teguran, bukan pujian🌸


Kalau kita sedang makan di hotel yang makanannya sangat sedap, baru sahaja kita lepas basuh tangan, untuk menjamah chicken grill yang kelihatan lazat di depan mata. Dengan asap berketul nipis diatas meja, mulut mulai terasa kecur...


Tiba-tiba kawan kita menjerit


“Amalina, ada ularrrrr, tu di kaki awak ada ular...”


Adakah kita nak teruskan makan?

Adakah kita nak rakan kita diamkan?
Adakah kita, marah rakan kita tunjukkan kita “ular” tersebut?

Mesti kita sangat berterima kasih kerana ada sahabat jujur kerana remind kita yang ada ular bawah kerusi.


(Memang tak best peristiwa itu, baru je terliur nak makan makanan sedap, dah ada benda kacau pula...)


Begitulah analoginya. Kita kena sentiasa bersyukur ada insan-insan yang Allah hadirkan dalam hidup kita, untuk tegur kita, untuk sedikit kecam kita, supaya kita dapat bermuhasabah, dan “nampak ular” dalam hidup kita.


Terima kasih marah saya.

Terima kasih tegur saya.
Terima kasih kerana membuatkan saya jadi lebih baik.

Wah, kalau dapat level ni, memang cemerlang dan level A++++ dan golongan minoriti lah. Vibration super high!!!


6. Bahasa Kasih Sayang🌸

Ada orang, dia suka menerima servis sebagai “bahasa kasih sayang”, kemudian dia memberi servis juga.

Contoh, suami suka sangat isteri masak (servis), maka, dia pun memberi servis dengan tolong kemas dan sebagainya... (tapi dia kena tanya isteri dulu, apa bahasa kasih sayang yang isteri dia mahukan, adakah isteri dia mahukan dia tolong buat kerja rumah ke? Atau Quality time is better?)


Ada banyak bahasa kasih sayang yang kita kenali. Kita mungkin suka “memberi” lain, “menerima” yang lain, maka, sebenarnya kita kena perhati dan tanya, apa yang dia suka kita beri.


Ada orang bahasa kasih sayangnya adalah


✅ Positive Affirmation

✅ Pelukan
✅ Mesej
✅ Bunga dan Hadiah
✅ Quality Time
✅ Service
✅ Tulisan pujian

Wah!!


Baru saya faham, bahasa kasih sayang saya pada orang adalah melalui “menulis kebaikan tentang mereka yang saya sayang”.


Best tak apa yang saya belajar dengan Prof Muhaya semalam?


Tak puass!!!!


Banyak je nangis masa seminar semalam. Ada sesi memaafkan, sesi melupakan peristiwa silam.


Okey. Cukup ya tulisan perkongsian ceramah super best dan penyucian jiwa dari Prof Dr Muhaya.


Nak tak saya kongsikan ilmu Magnet Rezeki yang sangat luar biasa hebat dari Pak Nas pula? Nak baca part 2?


Kalau nak,  belanja EMOJI di bahagian komen, dan #SHARE post ini. Kalau ramai share dan komen, saya tulis satu post special lain pula. Ilmu Pak Nas sangat mahal.


Amalina Nudin

Prof Muhaya Junior

“Jangan idolakan manusia, tujukan semua kehebatan untuk Allah”


End game di setiap hati yang menghadiri seminar ini hanya satu : Nak lebih dekat dengan Allah. Tu je. Satu.



Gambar : Bersyukur Allah mudahkan perjalanan untuk menjadi salah seorang dari 2000 peserta ini. — with Ana Rohani and 2 others.

[Magnet Rezeki Reset Minda]

☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️

Bahagian 2 : Pak Nasrullah🔥


Alhamdulillah, tulisan saya tentang learning point seminar sepagi bersama Prof Muhaya mendapat respon yang amat positif. Ramai yang berterima kasih kerana saya menulis tajuk itu. Peserta program pun turut rasa bermanfaat, katanya dapat revise kembali ilmu seminar.


Syukur Allah memberikan saya kelapangan waktu untuk menulis kesemua itu. Semalam, dah ingatkan anak saudara awal-awal,


“Bagi masa untuk Cik Na menulis sekejap ya, jangan kacau...”


Biasanya untuk menulis panjang sebegitu, sejam lebih juga paling cepat saya boleh menyiapkan satu-satu posting Fb itu.


Hari ini baru sampai dari Shah Alam.

Sejak pagi, sibuk menguruskan buku-buku yang perlu saya hantar kepada ejen. Semalam je baru panas-panas buku tulisan saya siap dicetak. Hari ini sungguh sibuk.  Sambil berehat untuk saya memulakan kerja malam, saya cuba mengimbau kembali, apa ilmu mahal yang Pak Nasrullah ajar kami, dua hari lepas.

Anak saudara saya cuba baca tulisan saya pasal MRRM semalam, kemudian dia gelak.


“Kenapa Cik Na tulis pasal Nasrullah? Haha” - Dia perasan kita tulis pasal dia, gelak sakan dia. Umurnya 9 Tahun.


Lupa pulak, tersama namanya dengan nama Pak Nas😂😂😂


1. Apa itu magnet rezeki?❤️


Rezeki, adalah semua benda yang best-best yang kita mahukan dalam dunia ini. Ketenangan. Harta. Kebahagiaan.


Jika kita ada cara untuk menjadi “besi berani” ataupun magnet untuk rezeki datang kepada kita, kenapa memilih untuk kejar dan kejar rezeki tanpa kesudahan?


“Lebih baik duduk diam-diam, rezeki datang pada kita..”


Andai besi boleh jadi magnet, kenapa tidak manusia? Siapa yang lebih mulia, besi atau manusia?


Pastilah manusia lagi hebat, lagi mulia, lagi mudah nak menjadi “magnet”.


2. Logik versus Magik❤️


Untuk apa kisah-kisah didalam Al Quran diceritakan untuk kita? Adakah untuk anak-anak kita terasa cerita tersebut hanyalah dongeng semata?


Tidak!!!

Mesti ada sebab kenapa kita kena baca, kena hayati, kena percaya Al Quran itu sampai kini.

Kerana, kisah-kisah didalam Al Quran, Allah nak kita praktikkan. Kisah-kisah luar biasa yang berlaku dalam kisah Alquran, boleh kita jadikan ia sebagai panduan walau dizaman ini. Ia masih relevan. Masih!!!


Bagaimana?


Kena belajar. 

Dan yang penting, kena PERCAYA dan YAKIN.

Kena yakin yang kita juga mampu hidup di alam magik, jangan terbatas dengan apa yang kita lihat depan mata sahaja.


Dengan Allah, semuanya possible.


Yakinlah, magnet rezeki itu bisa terjadi, bakal terjadi. Bukan mengikut logik semata iaitu, 


“Kalau aku kerja banyak ni, aku dapat gaji banyak ni”


“Kalau ada duit, baru boleh pergi umrah”


Tukarkan fikiran, percaya yang dunia magik itu wujud. Ada je orang, tiba-tiba dia direzekikan dapat umrah percuma, dapat rezeki ini dan itu free-free je.


Kena PERCAYA, dengan Izin Allah, semua yang logik, boleh bertukar jadi magik. Jika Dia berkenan.


3. Apa itu dunia?❤️


Tak nak beli baju mahal-mahal kerana ia dunia.

Tak nak kaya sangat sebab itu semua dunia.
Tak nak kerja bagus-bagus, nanti terikat dengan dunia.

Betapa salahnya fahaman kita pasal dunia.


Begini definisi DUNIA sebenar.


“Dunia itu terlaknat, dan apa-apa didalamnya adalah terlaknat, kecuali apa yang ditujukan dan disandarkan untuk Allah...”


Jika pergi masjid, nak pujian manusia, itu dunia.

Kalau pakai kereta mahal, tapi nak selesa bawa keluarga, nak pergi masjid dan majlis ilmu, itu adalah Akhirat.

Pakai baju mahal, untuk lebih selesa bersolat, itu Akhirat.

Pakai telekung solat mahal-mahal, hingga timbul rasa ujub, itu adalah DUNIA.

Faham?

Jangan takut untuk ada harta, untuk lebih kaya, kerana kita tahu, kita nak gunakan kekayaan itu, untuk memudahkan jalan ke Syurga.

4. Nak rezeki melimpah ruah?❤️


Rezeki adalah seumpama air hujan yang lebat turun dari langit. Laju. Deras... sangat derasss.


Bayangkan kita berada di satu padang yang luas, sedang menonton perlawanan bola sepak, contohnya.


Hujan turun dengan lebat. Siapa agak-agaknya yang bakal basah?


Semua kan?

Semua orang akan basah kuyup, kecuali orang-orang yang melarikan diri, orang yang memakai perisai, pakai payung dan baju hujan.

“Begitu juga dengan rezeki!!! Semua orang sepatutnya akan terkena hujan dan basah dengan rezeki, kerana Allah memang nak turunkan rezeki untuk manusia, namun, ada diantara kita yang secara sukarela pergi cari payung, cari perisai... untuk rezeki itu tidak terkena pada kita.”


“Kita akhirnya hanya dapat tempias-tempias rezekinya sahaja...”


Orang lain basah sangat dengan hujan rezeki. Kita masih terkena setitik dua.


Perisai itu apa?


Perisai itu adalah DOSA.


Rezeki memang nak datang pada kita.

Tapi kita yang sayang sangat dengan perisai dosa kita. Kita pegang ia erat-erat. Kita sayang nak lepaskan ia. Kita bersahabat baik dengan ia.

Maka, akhirnya, tempias hujan dan setitik dua rezeki jelah yang terkena pada kita.


Bagaimana nak buang perisai?

Apa perisai yang paling tebal sekali kita ada? Apa dosa yang sangat selalu kita pegangkan itu?

“Saya betul, awak salah”


Kita selalu yang menang dengan sesiapa sahaja. Awak salah, pendapat saya betul. Semua apa yang korang cakap, tak betul, aku je betul.


Kalau gaduh, selalu nak menang.


“Itulah perisai terbesar kita”


Anak, selalu nak menang dengan parents.

Parents, susah nak mengalah dengan anak.
Suami isteri. Berkawan. Adik beradik.
Bos pekerja pun sama.

Allahu.

Betapa tebalnya perisai dosa yang kita pegang selama ini. Patutlah, rezeki tak lebat mana!! Patutlah!!

“Ketika kamu berhati-hati dari melakukan dosa, kamu akan rasai dan dapatkan syurga lebih awal dari syurga sebenar... syurga dunia..”


Mulai kini, “zikir” dan sematkan dalam hati


“Awak betul, saya salah. Awak benar, saya yang salah. Saya salah. Maafkan saya...”


Biarlah faktanya bagaimana. 

Tapi sentiasa mengalah, walau bukan kita yang salah. Hidup akan terasa mudah.

Nabi sendiri pun “merasa salah” dan beristighfar 100 kali sehari...


5. Wow Kerennnn!!!❤️


Sentiasa fikirkan benda-benda yang tak best dalam hidup sebagai “wah, hebat, dahsyat... cemerlang, alhamdulillah”


Kereta tercalar “wow, kerennn. Syukur”

Kurang sihat “wow, kerennn. Alhamdulillah”

Kerana apa yang kita fikirkan, akan menjadi kenyataan seperti LAW of PROJECTION


Bayangkan ada projektor, ada laptop, ada layar putih.


Apa-apa yang terlihat di laptop, akan secara direct terpancar pada slideshow, perkara sama. Sebijik je.


Laptop adalah umpama otak kita.

Layar putih adalah nasib kita.

Kalau kita fikirkan “aku miskin, aku hancur, aku tak guna...” inshaAllah, dengan izinnya, begitulah yang akan berlaku.


Kerana apa kita fikir dan selalu ulang fikir dan sebut adalah doa. Once dah jadi doa, ia pasti akan dimakbulkan. Samaada doa kita itu adalah baik atau jahat.


Teringat satu hadis, Allah malu jika hambanya meminta sesuatu doa, kemudian Dia tak memakbulkannya.


Memang Allah nak makbulkan doa kita, mungkin cepat atau lambat sahaja.


What if kita doakan kita miskin?

Jangan salahkan Allah jika hidup kita berterusan hancur, miskin, susah dan sebagainya, sebab itu yang kita fikir dan “doakan” hari-hari kan?

Jom memilih untuk ubah cara fikir.

Fikirkan baik-baik.
Sangka baik dengan Allah.
Gunakan ayat yang baik-baik dalam minda.

Ada satu ayat Quran, Azzariyat : 23


“Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya apa yang dijanjikan itu pasti terjadi seperti apa yang kamu ucapkan”


Zasss!

Zuppp!
Masih inginkan berkata yang buruk-buruk? 

6. Disiplin kata❤️


Pak Nas ajar, kurangkan guna perkataan negatif dalam seharian hidup kita.


Tukarkan jadi lebih positif.

Kalau malas, cakaplah “kurang rajin”
Kalau kereta sedang jammed, sebutlah jalan penuh!!

Sebab kita risau, asyik sebut jem-jem-jem, kita sedang buat satu projection dalam minda


“Jemkanlah mindaku”

“Jemkanlah kehidupanku”
“Jemkanlah rezekiku”

Kalau tukar ia jadi “penuh”, kan lagi besy?


Tapi kena berdisiplin jugalah. Mungkin bagi kita yang baru, sedikit mencabar dan susah (eh... tidak mudah)


Kalau sakit, katakan kurang sihat.

Kalau penat, sebutkan kurang bertenaga.
Kalau ada hutang, sebut ada amanah.
Begitulah!!!

7. Terumbu karang (Batu Karang aka Coral)


Kalau ikan, jika makanannya berada dalam batu karang atau coral, adakah ia akan merosakkan coral itu? 


Monyet contohnya, jika makanannya adalah pisang, adakah dia secara tidak cerdiknya merosakkan pokok pisang?


Pasti tak kan?


Haiwan pun akan sangat jaga mana-mana sumber mereka memperoleh rezeki. Sangat jaga!!


Begitu juga kita.

Kita kurang menjaga sumber rezeki kita sebenarny, mungkin itulah menyebabkan rezeki lambat masuk, sale susah nak jual, duit selalu tak cukup-cukup, tenang tak datang-datang.

Kerana apa?

Kita tak jaga “sumber rezeki” kita.

Nak tahu tak, apa sumber rezeki kita, sebagaimana sumber rezeki ikan adalah terumbu karangnya?


Baca elok-elok.

Hadam baik-baik.
Tarik nafasss.
Ini ilmu sangat penting!!!!
Jap, nak tulis dalam huruf besar.

REZEKI KITA, TERLETAK PADA, KEBAHAGIAN DAN KEMULIAAN ORANG LAIN!!!


Ya.

Sumber rezeki kita
- Bahagianya orang dengan kita
- Mulianya orang melalui kita

Allahuakbar.


Kenapa tak pernah orang cerita benda ni pada kita?


Betapa sudah banyak kan, hati yang kita sakiti?

Betapa ramai kan, manusia yang kita marahi?
Betapa banyak, orang yang kita sengsarakan hidupnya, melalui perbuatan, perkataan dan sebagainya.

Maka.

Mulai hari ni, yuk berubah.
Sentiasa sayang dan doakan orang tanpa dia tahu.

Hari-hari, bukan sekadar cari rezeki dan cari duit, tapi mindset kita


“Siapa lagi orang yang aku nak muliakan dan bahagiakan hari ini?”


Jika rezeki kita belum cukup.

Maksudnya, belum cukup manusia kita bahagiakan.

Zassss kuasa tiga!!!


Saya memilih untuk memberi kebahagian kepada anda, melalui berkongsi tulisan ilmu mahal ini.


Terima kasih Dato’ Faridah Mohd Ali menganjurkan seminar luar biasa ini. Semoga Allah ganjarkan syurga😍


Jom bahagiakan orang lain dan sebarkan manfaat tulisan ini dengan belanja EMOJI di komen, dan tekan butang #SHARE!!!


Boleh baca bahagian 1 di komen 

Gambar : Keajaiban terjumpa Pak Nas nak naik kereta tanpa perlu berebut-rebut. 

Follow dan see first Amalina Nudin  untuk sentiasa dapatkan pekongsian penuh inspirasi. Boleh join channel saya juga👇🏻



#SHARE

Entri saya kali ini agak panjang kerana saya berkongsi penulisan daripada "insan-insan baik hati" yang menulis semula ilmu yang diperoleh dengan penulisan masing-masing. Saya tidak kenalpun insan2 yang menulis ini kerana tulisan ini saya terima melalui adik saya. Justeru, sama-sama kita doakan semoga kedua-dua insan mulia yang menulis ini, juga buat adik saya yang "mencuit dan menggamit hati saya" dan mungkin hati pengunjung Blog anggerikdesa ini tentang ilmu menarik rezeki ini akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah juga ganjaran berganda di sisi Allah atas ilmu yang telah dikongsikan ini. Dan sudah pasti buat penyampainya Datuk Dr. Muhaya dan Pak Nasrullah. Ameen


Salam Hormat,
RZH

Comments

  1. Wowww.. Kereeen👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻💕😄

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe