Skip to main content

Bagaimana Menjadi Seorang Ketua yang Disukai...

Selalu tak menjadi dengan niat hati untuk tidur awal. Malam ni sepatutnya memang kena tidur awal sebab esok kena keluar lebih awal daripada biasa. Ada urusan rasmi di luar kawasan. Tapi lo ni tak tidur-tidur juga...aduhh niat tinggal niat juga lagi.

Bila mind dah hampir nak switch off  tiba-tiba datang idea la pula...sayang la pula kalau tidak di transmit kan idea ini dalam bentuk tulisan...makanya tak jadi switch off...kita tulis dulu. Kalau rasa penat nanti...tahu la untuk berhenti kan.

Datang idea untuk menulis bagaimana menjadi seorang ketua yang disukai. Jom kita tgok bagaimana, saya mengupasnya dalam konteks komunikasi dan perilaku.

Seorang ketua yang disukai mestilah:

1. Seorang yang beriman.
2. Seorang yang mempunyai komunikasi yang baik.
3. Seorang yang sopan dan berhemah.
4. Seorang yang tahu menghormati semua peringkat.
5. Seorang pendengar yang baik.
6. Seorang yang tegas tapi memahami dan fleksibel
7. Seirang yang tidak bias dan pilih kasih
8. Seorang ketua yang menunjukkan kepimpinan melalui teladan.
9. Seorang yang tidak ego dan sombong
10. Seorang yang mengambilberat tentang staf dan sering bertanya khabar staf.
11. Tidak lokek dengan ucapan terima kasih dan penghargaan serta pujian ikhlas untuk memotivasikan dan memberikan semangat.
12. Seorang yang mempunyai penampilan diri dan perwatakan yang baik.
13. Seorang ketua yang tidak mementingkan diri sendiri.
14. Seorang ketua yang bukan jenis bossy dan pushy. Cukup masa diberikan untuk satu2 tugasan disiapkan. Tidak mendesak.
15. Seorang ketua yang ada fleksibiliti dan budi bicara.
16. Mudah memaafkan dan mudah meminta maaf jika tersilap.

Sekadar penulisan ringkas untuk tips menjadi ketua yang disukai. Jom sama-sama kita berusaha untuk memenuhi kesemuanya. Sudah pasti semua tips ini bergantung kepada hati kita. Seandainya hati kita bersih dan ikhlas dalam niat kerja ini kerana Allah...dan kerja ini sebagai ibadah...makanya Allah akan bentangkan jalan untuk kita berubah...insyaAllah.

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe