Skip to main content

Cukuplah untuk Tidak Menyakiti...

Hidup lah tanpa menyakiti hati orang sekeliling kita. Bukan payah pun sebenarnya untuk tidak menyakiti...andai semua orang mempunyai hati yang ikhlas dan jujur, sudah pasti tiada seorangpun yang akan tersakiti.

Tapi manusia ni punyai pelbagai bentuk perangai yang akhirnya memberi tempias kepada soal hati. Seandainya keimanan dan ketakwaan yang tinggi kepada Allah...insyaAllah perangai dan sikap kita akan sentiasa di pelihara Allah...tapi selalunya yang berlaku...soal keimanan yang sering pudar dan blur..itu la puncanya berlaku hati yang tidak baik.

Jangan kita keliru antara soal keimanan dan ketakwaan dengan perilaku dan perangai seseorang. Kadang2 berlaku, seseorang itu kita lihat sangat menjaga solatnya namun dalam masa yang sama masih lagi alpa dalam melakukan dosa...bukan setakat dosa-dosa kecil tapi juga dosa2 besar...ada setengah orang tu kadang2 kita lihat sangat menjaga kejujuran dan keikhlasan hatinya walaupun kadang2 soal solatnya masih perlu diperbaiki. Namun sekurang-kurangnya solatnya itu membentenginya untuk terus melakukan kesilapan dan memandunya untuk terus ke arah kebaikan dan cuba sedayanya untuk memiliki hati yang benar2 jujur dan ikhlas. 

Perbuatan lalu kita boleh menyakiti hati orang lain sekiranya kita tidak pernah berubah. Kejujuran dan keikhlasan kita akan sentiasa diragui oleh orang lain bila kita tidak pernah menunjukkan usaha untuk berubah. 

Contohnya, andai dalam kehidupan kerjaya, seandainya hati kita masih lagi kotor dengan pelbagai gaya...masih hebat dalam mengata orang, masih ada perasaan dengki, dendam dan cemburu, masih ada niat untuk mengambil kesempatan, memijak orang untuk kepentingan sendiri, masih mementing pangkat dan nama...maka jangan kita kata hati kita ini sudah ikhlas dan jujur.

Begitu juga dalam kehidupan personal contohnya dalam satu-satu perhubungan...soal jujur dan ikhlas itu adalah soal paling utama untuk menjamin satu-satu perhubungan itu bertahan lama...tapi kalau kejujuran kita sentiasa diragukan...dan tambah2 pula kita sentiasa dilihat tidak bersungguh dan tidak betul-betul ikhlas dalam perhubungan...memang akhirnya nanti perhubungan itu lama-kelamaan akan tawar dan akhirnya akan menemui noktahnya.

Cubalah belajar untuk menghargai orang di sekeliling kita yang menyayangi kita. Orang boleh menerima kesilapan kita di masa lalu tapi tolong lah berubah..mungkin ada perangai atau perbuatan atau tutur kata kita di masa lalu yang sangat menyakitkan untuk dikenang oleh orang lain. 

Dengan berubah itu sebenarnya sudah cukup untuk membahagiakan orang lain. Belajar lah menghargai orang lain selagi kita masih memiliki perhatian dia...sebab risau kalau nanti tiba masa hati dia sudah tawar dan tiada lagi perhatian yang akan diberikan...andai ini berlaku...makna kepada sebuah perhubungan itu pasti tiada lagi.

Jaga lah perangai kita daripada terus menyakiti. Menyakiti ini tidak semestinya daripada perbuatan kita sekarang, tetapi perbuatan kita di masa lalu yang akan terus terkesan dan memberikan rasa sakit kepada orang lain sekiranya kita tetap tidak berubah!

Sakit hati itu normal...tapi sakit hati daripada sebuah ketidakjujuran adalah sakit yang sangat perit dan memedihkan. Sesekali rasa pedih ini mencuri masuk ke hati memang cukup untuk menoreh kembali parut luka yang tidak pernah sembuh. Tidak pernah sembuh kerana kejujuran masih diragukan...kepercayaan di masa lalu masih belum kembali di hati....telah sekian lama kepercayaan itu hilang..sudah pasti sangat mengharapkan kepercayaan itu kembali semula...namun sinarnya masih pudar...biar lah...mungkin akan tiba suatu ketika nanti sebuah hati yang penuh kejujuran ini juga tawar...insyaAllah.

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe