Skip to main content

Perkongsian Buku Personaliti Unggul.

Menulis itu satu terapi diri dan latihan untuk menajamkan minda...logiknya begitu la sebab ada satu kajian menyatakan fikiran kita akan lebih cerdas dan lebih banyak idea kalau sentiasa diasah...itu kata kajian, realitinya tak pasti la kan...cuma pada saya secara peribadi, penulisan ini memang sesuatu yang mendamai rasa dan menenang jiwa...jika tidak mahu fikiran kitaterbawa, terheret, tersinggah, dan terrrr macam2 lagi kepada perkara2 yang menyesakkan minda...makanya menulis la...itu cara saya...sudah pasti cara orang lain mungkin macam lain pula...

Hokey...malam ni tanpa sengaja tercapai satu buku yang telah sekian lama dibeli, kalau tak salah saya lima enam tahun lalu mungkin. Buku ini adalah buku tulisan Ahmad Amri Zainal Adnan..buku ini diterbitkan tahun 2009. Saya suka penulisan dan cara pemikiran penulis ini...sangat memberikan inspirasi dan semangat untuk mencapai sukses dalam kehidupan.

Kebetulan saya menyelak tu, terus ke satu page...tajuk besarnya adalah tentang "Petua Supaya Disenangi"..isi penulisannya lebih kurang sama saja dengan apa yg selalu saya kongsikan dalam slot ceramah saya tentang komunikasi. Pun begitu, garapan tulisannya sangat menarik pada saya dan memang selari dengan bidang dan minat saya...justeru saya ingin kongsikan dalam entri kali ini. 

Sebenarnya dalam entri terdahulu saya juga ada menulis  mengenai perkara ini, tapi dalam pendekatan dan pemikiran saya. Ada beberapanya sama dan ada beberapanya tidak.

Okey, mari kita kembali kepada penulisan buku yang saya ingin kongsikan ini. Buku ini menyebut beberapa perkara penting untuk menjadikan diri kita disenangi oleh orang lain. Point utama saya ambil terus seperti yang penulis tulis, namun untuk huraian ada yang saya tokok tambah ayat penulis asal berdasarkan pemikiran saya. 

1. Banyakkan senyuman
Senyuman ni akan berjangkit2. Senyuman adalah anugerah Allah kepada kita yang paling mudah untuk dikongsikan dengan orang lain. Senyum tidak memerlukan belanja yang besar tetapi impak yang besar.

2. Pamerkan Keihklasan
Keikhlasan terpancar di muka dan pada tingkahlaku. Jika seseorang berinteraksi dengan kita, keikhlasannya dapat dikesan dan ini menentukan sama ada kita rasa selesa ataupun tidak ketika bersamanya. Justeru, jika kita mahu orang lain selesa dgn kita ikhlaskan lah diri apabila berkomunikasi.

3. Percaya kepada diri sendiri.
Kita perlu percaya kepada diri sendiri. Kalau tidak percaya kepada diri, bagaimana mungkin kita akan beroleh keyakinan atas apa jua yang kita lakukan. Kalau kita sendiripun tidak percaya pada diri sendiri, bagaimana mungkin orang lain akan percaya kepada diri kita. Percaya pada diri akan menjadikan kita lebih yakin, lebih bersemangat, dan lebih jelas tentang kemampuan kita terhadap satu-satu perkara.

4. Bersikap terbuka
Cara pemikiran manusia adalah berbeza2, maka cara berfikir juga sudah pasti akan berbeza. Perbezaan pemikiran ini akan mencetuskan pendapat yang pelbagai. Seseorang yang bersikap terbuka mudah berkomunikasi dengan orang lain kerana ia dpt menyerap perbezaan pendapat dan menyesuaikan diri dengan ragam manusia yang pelbagai.

4. Mempunyai prinsip
Prinsip diri ini adalah penting untuk kita memilih yang baik atau yang buruk. Sudah pasti pemilihan kita adalah mengikut prinsip diri kita yang kita dasarkan kepada perkara2 yang menjadi faktor pertimbangan kita.

5. Hulurkan penghargaan
Berikan penghargaan setiap masa kepada orang yang membantu kita. Menghargai orang lain walaupun kecil sumbangannya mempunyai impak yang besar terhadap harga diri orang itu.

6. Jangan cepat menghukum
Jangan cepat menghukum atas satu-satu perkara yang berlaku, tanpa diselidiki secara mendalam terlebih dahulu. Elak diri daripada cepat melatah dan bertindak atas berita yang kita tidak jelas dan tidak pasti. Dapatkan maklumat lengkap dulu dan barulah membuat keputusan.

7. Kenal sebelum menilai
Satu sikap yang tidak disenangi adalah kelakuan melabel orang. Tanpa mengenali seseorang secara mendalam, sudah dilabelnya sebagai jenis itu dan ini atau kumpulan itu dan ini. Cuba kenali terlebih dahulu seseorang sebelum membuat keputusan terhadapnya. Menilai seseorang drpd segi luarannya sahaja umpama menilai sebuah buku dengan hanya melihat kulitnya.

8. Penuhi minda dengan pengetahuan
Ilmu pengetahuan sangat penting dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Tanpa ilmu pengetahuan kita akan ketinggalan ke belakang. Justeru, pastikan diri kita sentiasa disuburi dengan ilmu pengetahuan baharu terutamanya dalam bidang kepakaran kita. Ilmu pengetahuan ini penting bukan setakat meningkatkan penguasaan bidang, tetapi ianya juga akan meningkatkan kecekapan kita dalam melaksanakan sesuatu tugas kerana dengan pembacaan yang banyak menjadikan kita akan banyak terdedah dengan strategi dan kaedah yang boleh membantu dalam pengurusan dan pentadbiran kita di pejabat.

9. Jangan cepat melenting.
Tidak cepat melenting apabila dikritik. Sentiasa berfikiran positif. Menurut pakar psikologi, David J. Lieberman, orang yang cepat melenting biasanya adalah orang yang mempunyai harga diri yang rendah dan ego yang tinggi. Pemimpin2 yang hebat tidak mudah melenting apabila dikritik, sebaliknya akan mendengar dengan teliti setiap kritikan dan membuat analisis berdasarkan pertimbangan yang wajar.

Cepat melenting dan cepat marah ini adalah satu sikap yang perlu dikawal. Kita memahami semua orang mempunyai karakter masing-masing...ada sudut baik dan ada sudut tidak baiknya. Namun demi keharmonian terhadap apa jua yang dilakukan elakkan sikap marah-marah dan cepat melenting kerana akhirnya ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan merosakkan. Mereka yang cepat marah juga akan mudah merasa tertekan dan rasa gelisah. Rasa yang sebegini akan memberikan kesan kepada kesihatan dan mengundang pelbagai penyakit. 

Demikianlah serba sedikit perkara yang dapat saya kongsikan untuk pengunjung blog. Mungkin perkongsian ini dapat memberikan nilai tambah kepada kita semua dalam kita meningkatkan dan menambahbaik kecekapan kerja kita di tempat kerja.

Salam Hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe