Skip to main content

Apakah Komunikasi...

Bila nak bercakap tentang apa itu komunikasi..terimbau kembali dalam fikiran saya saat berada dalam kuliah Asas Komunikasi bersama lecturer kami masa tu Prof. Madya Fuziah Kartini. Memang tip top orangnya...ilmu pengetahuannya berkaitan komunikasi dengan personaliti dan penampilan orangnya memang ngam! Beliau minta kami semua panggil Kak Gee saja...kekok juga nak panggil kak Gee sebenarnya...ya la pensyarah kita kot.

Kelas Kak Gee ni memang kelas yang sentiasa kami nanti-nantikan. Memang seronok betul cara beliau handle kelas. Memang hebat cara beliau berkomunikasi, gaya bercakap, berintonasi, dan menyampaikan kuliah...dengan posture dan gesture, yakni pergerakannya...memang tak duduk diam semasa mengajar, memek muka yang sangat sesuai dengan situasi...ya opkos beliau kena begitu kerana kelas Asas Komunikasi ni memang mengandungi perkara2 asas sebegitu. 

Best giler penyampaian Kak Gee ni sampai sekarang masih segar di ingatan. Kelas beliau memang tak akan buat students mengantuk, takkan boring...memang kami semua akan gelak ketawa dan tersenyum simpul sendiri melihat gayanya yang tersendiri dalam menyampaikan kuliah.

Hokey, berbalik kepada Apa itu komunikasi?

Komunikasi adalah proses perkongsian maklumat antara dua individu atau lebih dengan menggunakan saluran tertentu dan mempunyai maklum balas tertentu.

Secara ringkasnya komunikasi adalah:

1. Proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej.
2. Proses di mana manusia berkongsi dan bertukar-tukar pandangan, idea, maklumat juga perasaan.
3. Proses interaksi antara manusia yang melibatkan pertuturan, bahasa badan (riak wajah, keadaan fizikal melibatkan posture dan gesture), melibatkan simbol, tulisan dan sebagainya lagi

Secara lebih terperinci, komunikasi adalah aktiviti menyampaikan maklumat melalui pertukaran fikiran, mesej atau maklumat melalui percakapan, penulisan, isyarat ataupun perlakuan.

Kembali ke zaman mengikuti kuliah komunikasi dulu, Kak Gee selalu dok ulang model2 dalam komunikasi...antaranya yang sangat popular dan sampai sekarang saya akan ingat berkaitan dengan model komunikasi Lasswell.

Modelnya sangat mudah untuk diingat sebab hanya melibatkan siapa, mengatakan apa, menggunakan saluran apa, dan kesannya apa.

Model Lasswell ini berupa ungkapan verbal, iaitu:

Who
Says what
In which Channel
To whom
with what Effect

Bila bercakap tentang asas komunikasi, kita juga perlu tahu fungsi komunikasi secara umum, iaitu:

1. Pemindahan/Perkongsian maklumat
2. Pembelajaran
3. Pembujukan
4. Perundingan/close the deal
5. Motivasi
6. Sosialisasi manusia

Kita juga perlu tahu bahawa dalam proses komunikasi ada enam elemen yang melengkapinya, iaitu Penghantar, MesejSaluran, 
Penerima, maklum balas, gangguan. Secara lebih perinci lagi sebenarnya antara mesej dengan saluran tu akan ada Enkod, dan antara penerima dengan maklum balas tu ada Dekod (proses mesej diterjemah dan ditafsirkan). 

Komunikasi terbahagi kepada dua iaitu Komunikasi Verbal dan Komunikasi Bukan Verbal. Komunikasi verbal melibatkan lisan dan tulisan, percakapan, telefon, ucapan, surat, memo, laporan, buletin, dan sebagainya berkaitan. Manakala komunikasi bukan verbal melibatkan ekpresi wajah, memek muka dan tingkahlaku, gesture (Isyarat), posture (pergerakan badan), penampilan diri, nada suara, jarak interpersonal.

Komunikasi ini berlaku dalam pelbagai keadaan dan melibatkan banyak bentuk, iaitu komunikasi intrapersonal, komunikasi interpersonal, komunikasi kumpulan, komunikasi melalui pengucapan awam, dan komunikasi massa.

Demikianlah serba sedikit secara ringkas tentang maksud komunikasi. Setakat perkongsian ini telah memadai untuk maksud komunikasi secara asasnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Salam Hormat,
RZH




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe