Skip to main content

Agar Hidup Allah yang Urus...

Agar Hidup Allah yang urus...

Ya, tertarik sekali dengan tajuk buku yang muncul di mata saya pada saat Apps Play Books online ini saya layari. Ya, melayari ebook ni adalah antara kesukaan saya di saat rasa ketandusan untuk mencari sesuatu yang baharu dan menarik minat untuk dibaca.

Saya klik ebook itu...membaca prakatanya...ya menarik. Buku ini tulisan Abdullah Gymnastiar, cetakan September 2015. Makanya terus tanpa sedar membaca dengan cepat dan menangkap intipati kepada penulisan ini. Sedar2 sudah di mukasurat 50...ehhh cepatnya bisik hati kecil saya. Tinggal lagi 18 halaman berbaki....habiskan saja la..bisik hati kecil ini lagi.

Buku ini tidak banyak mukasuratnya...hanya 68 halaman...ada 5 jurus yang dibicarakan dalam buku ini, dan menjadi sub tajuk di dalamnya, iaitu, soal hati perlu tulus,  ibadah perlu bagus, hidup perlu lurus, ikhtiar perlu serius, dan Taubat perlu terus menerus.

Namun apa yang menggamit saya untuk saya share di sini adalah tentang jurus kelima, iaitu jurus yang terakhir...penulis berbicara tentang sub tajuk "Taubat terus menerus"...

Ringkasan yang dapat saya buat adalah, untuk bertaubat ini ada empat perkara yang perlu dilakukan, iaitu:

1. Penyesalan
Hadir rasa penyesalan dalam diri atas segala kesilapan dan dosa yang dilakukan. Semakin besar penyesalan seorang pelaku dosa itu adalah bagaikan sedang diperah segala kotoran-kotoran dosa dari dirinya hingga benar-benar habis dan kering...keinsafan dan penyesalan yang betul2 hadir dalam diri.

2. Memohon ampun atas kesalahan dan dosa2 yang dilakukan. Memohon ampun kepada Allah secara terus menerus. Istiqomah. Karakter orang yang bertaubat adalah bahawa dirinya tidak melihat kesalahan yang dilakukan oerang lain terhadap dirinya. Tapi yang dia lihat adalah dirinya yang telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri.

3. Berjanji dan tekad untuk tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosanya. Kita betul2 serius dan insaf atas apa yang telah dilakukan. Sentiada memanjatkan doa agar Allah kuatkan hati dan pelihara diri daripada kembali kepada kesilapan lalu.

4. Hijrah
Hijrah ini adalah kita berubah daripada perbuatan salah kepada kebenaran. Berpindah daripada kebiasaan melakukan perbuatan buruk kepada melakukan perbuatan baik. Cara hidup yang lama kepada perbuatan dan cara hidup yang baharu...betul-betul ingin memperbaiki diri...totally berubah dengan tidak lagi teringat di hati untuk kembali kepada cara hidup yang lama dan mengulangi kesilapan lalu. Makin kuat hijrahnya, makin bagus taubatnya, makin tenang hatinya, makin terbuka jalan keluar dari semua permasalahan hidup yang dihadapi.

Dalam hidup ini kita tidak akan lepas daripada melakukan dosa...dosa besar dan dosa kecil...Allahuakbar. Sebagai manusia kita tidak sempurna...setiap hari kita melakukan dosa..sentiasalah beristigfar untuk Allah mengampunkan dosa2 kita...bertaubat dengan melakukan solat taubat untuk Allah mengampunkan segala dosa besar dan dosa kecil yang kita lakukan...Istiqomah!

Semoga kita semua tergolong sebagai manusia yang bertaubat dengan bersungguh-sungguh atas segala kesalahan kita dan kita sentiasa sedar untuk tidak mengulanginya kembali. Sehingga Allah SWT mengurus kita, semakin melimpah kebaikan bagi kita.

Sekadar perkongsian cuma...mungkin bermanfaat untuk diri saya sendiri juga buat semua yang membaca tulisan ini.

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...