Skip to main content

Mati itu Mengingatkan Dunia ini Sementara jua...

Allahuakbar...

Perasaan bercampur baur...rasa gelisah dan gusar memikirkan tentang kematian  demi kematian yang menjemput...siapa jua akan dijemput Allah bila masanya tiba..tidak lewat ataupun awal walaupun sedetik.

Seminggu dua ini dikejutkan dengan berita2 kematian selebriti terkenal tanah air...memang tidak kenal secara peribadi dengan mereka, namun kenal kerana mereka adalah public figure. Berita kematian mereka dan sesiapa jua akan memberikan kesan kepada hati dan menggamit ingatan bahawa kita semua akan mati.

Berita2 tentang mereka keluar melalui televisyen, radio, dan media sosial. Bukan isunya di sini nak menyatakan tentang publisiti itu...tetapi nak menyatakan bahawa isunya berita2 kematian ini akan memberikan peringatan kepada kita yang masih hidup ini bahawa mati itu pasti...semua yang hidup pasti mati. Cuma masanya saja kita tidak tahu.

Soal mati ini tidak mengenai usia, muda atau tua...tidak mengenal tahap kesihatan, sakit atau sihat...tidak mengenal kita orang popular atau bukan...bila masanya tiba maka pergilah kita mengadap Sang Pencipta.

Hidup ini pula semakin ke penghujung. Minggu lepas bertemu seorang sahabat yang telah pencen dari perkhidmatan. Merenung ke wajahnya...hati berbisik "Allah, sahabatku ini sudah dimamah usia"...segalanya tidak seperti mengenalinya lebih 20 tahun lalu...20 tahun lalu dia masih muda. Tapi kini, tidak lagi...sahabatku kini sudahpun bergelar nenek. Bila usia kita semakin lanjut, sudah pastilah kita tidak boleh lari daripada faktor2 penuaan, antaranya kulit tidak lagi setegang dulu, rambut juga banyak yang gugur, uban juga sudah memutih, kesihatan juga tidak sesihat dulu, percakapan juga tidak selancar dulu, pasti asyik tersasul, terlupa nak sebut, tersilap sebut dan semuanya tidak seperti dulu lagi, pergerakan juga tidak secergas dulu. Mata juga tidak sejelas dulu...pandangan dekat sudah pasti tidak seperti dulu...Allah cepatnya masa berlalu...

Merenung pula kepada diri...Allahu, diri juga telah menghampiri...tidak jauh bezanya...tanda2 penuaan juga telah menjenguk...kesihatan diri tidak lagi seperti dulu, banyak tersasul bila bercakap, banyak lupa dan beberapa perkara lain lagi yang dirasai perubahannya...mengingatkan diri bahawa masa itu juga akan tiba...sudah tidak lamapun lagi...jika umur panjang pasti akan melalui saat menjadi orang tua yang serba serbinya nanti akan berubah.

Justeru, diri diingatkan supaya terus memperbaiki dan terus memperkemaskan soal ibadah dengan Allah, soal hati dan soal perilaku, tutur kata dan perbuatan agar tidak menyusahkan dan menyakiti orang lain. Hati juga perlu disucikan dan dibersihkan agar tidak berperasangka, menaruh syak dan memikirkan perkara2 yang buruk dan negatif. Hidup perlu dipastikan tenang dan damai...jauhi masalah dan konflik...jika ada juga hadapi dengan penuh bijaksana dan sabar.

Diri diingatkan bahawa jangan lagi begitu mengejar duniawi sehingga mengenepikan soal akhirat. Diri juga diingatkan agar tidak lalai dengan kehendak dunia...sudah la...bukan bermaksud meninggalkan langsung dunia, bukan begitu...tapi maksudnya adalah tidak lagi merajakan dunia seakan kita akan hidup seribu tahun. Fikir mudah saja tentang dunia ini, maksudnya jangan di complecated kan...apa jua rintangan dan ujian yang datang, jangan cepat melatah..lalui dan selesaikan dengan tenang dan bijaksana. Letak dalam hati bahawa semua itu datang daripada Allah, makanya mintalah pada Dia jalan penyelesaiannya...jangan meletakkan kebergantungan kepada kuasa manusia kerana kuasa Allah mengatasi segalanya.

Panjang pula menulis, malam semakin lewat...sudah pukul 3 pagi. Cukup dulu di sini, sauh perlu dilabuhkan. Hanya sekadar mengurai suatu rasa yang tidak terucap...hanya hati yang tahu tentang rasa ini...semoga Allah terus memberikan rahmat dan hidayah juga petunjuk yang terbaik...ameen.

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe