Skip to main content

Perkongsian Intipati Syarahan Kepimpinan Pengerusi UKM

Apabila menulis itu menjadi minat dan kesukaan...makanya semua perkara yang dilalui ingin ditulis dan diabadikan dalam bentuk karya penulisan...kerana bila diabadikan dlm bentuk tulisan maka selamanya ia akan kekal untuk rujukan diri kita sendiri ataupun sesiapa jua yang singgah di blog ini.

Saya "teruja" dan "terinspirasi" untuk berkongsi intipati syarahan Pengerusi UKM, YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar yang menyampaikan syarahan beliau dalam siri Syarahan Kepimpinan anjuran Profesional-UKM. Beliau memilih tema "Pemimpin Mampan".


Mengimbau sedikit cerita pagi tadi...seawal pagi saya dah gerak dari rumah terus ke kampus induk kerana program bermula pukul 8.45 pagi. Janji dengan seorang sahabat untuk breakfast dulu di cafe bawah...bila saya dah sampai di cafe (dah masuk ke dalampun sebenarnya)...huhu belum buka lagi cafe rupanya...kata pekerjanya, 8.30 pagi baru buka...pulakkk...hehe. Jadinya saya terus bergerak ke bilik Senat...pukul 8 pagi saya dah tercongok di situ...semangat betul.


Kemudianya sahabat saya tiba...sahabat saya ni risau pulak kot saya pening nanti bila perut kosong...dia mengajak saya mengalas perut di cafe kolej...makanya saya akur saja...sempat makan roti canai dan minum teh ais...lorrr pepagi pun ambik ais ke RZH...hihi...sedap rupanya roti canai kat kolej ni...wahhh boleh datang lagi ni..ya opkos (bab makan sedap memang RZH pasti ulang).


Hokey kita kembali semula kepada fokus untuk penulisan ni...pun begitu sebelum kita pergi kepada intipati syarahan Tan Sri mari kita sama-sama fahamkan dulu apa yang dimaksudkan dengan pemimpin mampan...perkataan "mampan" itu sendiri membawa maksud apa...jangan kita hanya menyebut kerana orang lain juga menyebut...

bila kita menyebutnya maka kita perlu tahu apa maksudnya.

Mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. Jangan pula tertukar dengan maksud Mapan ya...kalau Mapan maksudnya lain...mapan ni maksudnya tidak berubah-ubah, mantap, kukuh, tidak goyah, stabil dan teguh.


Justeru itu pemimpin yang mampan sudah pasti membawa maksud pemimpin atau ketua yang hebat yang mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik.


Orait...intro sudah, definisi pun sudah...baru lah kita masuk kepada perkongsian intipati syarahan Tan Sri...saya sekadar ingin recall dan abadikan dalam blog saya ini semua perkara yang dicatatkan berpandukan kepada rumusan Tan Sri untuk syarahan beliau bagi tempoh hampir dua jam menyampaikan syarahan.


Sebelum tu, saya ingin berkongsi pandangan peribadi saya terhadap Tan Sri. Mengenali beliau secara jauh sebagai Pengerusi UKM, beliau adalah seorang yang sangat humble orangnya, mudah mesra dan senang didekati. Saya lihat, beliau juga seorang yang sangat memahami. Seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam pentadbiran dan pengurusan dalam dunia korporat. Seorang yang baik hati dan tidak sombong. Melihat kepada diri dan ketrampilannya, beliau adalah seorang yang penuh dgn wawasan, berpandangan jauh dan tegas dan dan penuh ketelitian dalam kerja, dan opkos beliau adalah seorang yang sangat menjaga penampilan, melihat daripada bicara dan tutur katanya, bahasa badannya, dan cara beliau berpakaian kita sudah tahu Tan Sri ini orangnya begitu. Ini sekadar pandangan peribadi saya saja dan tidak semestinya tepat.


Antara intipati yang wajib kita semua hayati dan praktikkan adalah:


1. Pemimpin perlu mempunyai sikap merendah diri, menghormati dan mempunyai perasaan memahami yang sangat tinggi.

2. Sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.
3. Tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan. Kerja kuat dan kerja secara pintar untuk mencapai kecemerlangan.
4. Fokus kepada tugas semasa. Buat yang terbaik...insyaAllah reputasi anda akan mendahului anda.
5. Jangan berhenti belajar. Gunakan teknologi untuk manfaat diri.
6. Terus berinovasi dan berfikiran di luar kotak untuk menyelesaikan masalah.
7. Berintegriti.
8. Berkebolehan.
9. Jangan lupa bersyukur.

Berkaitan dengan aspek integriti, berkebolehan, dan merendah diri, saya sempat membuat catatan berasingan berdasarkan kata-kata Tan sri.


Tan Sri menyatakan bahawa pemimpin mestilah seorang yang berintegriti, berkebolehan, dan bersikap merendah diri. Seseorang yang berintegriti adalah seorang yang sentiasa melakukan kerja dengan betul walaupun tanpa pengawasan atau tiada orang yang melihat.


Berkebolehan pula merujuk kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk membolehkan dia menjalankan tugas dengan baik dan efisyen. 


Sikap merendah diri pula (down to earth) merujuk kepada sikap menghormati orang lain dan mengamalkan konsep berpijak di bumi nyata dan sedar bahawa kehidupan di dunia ini bukan lah untuk kepentingan diri sendiri tetapi juga kepentingan semua orang.


Berikutnya, Tan Sri menggariskan 8 komponen dalam membangunkan bakat dan kepimpinan yang mampan. Komponen berkenaan adalah:


1. Memilih pemimpin yang tepat untuk organisasi.

2. Membangunkan proses pewarisan dan kajian semula bakat.
3. Mencapai imbangan yang sesuai antara bakat dalaman dengan pelantikan dari luar.
4. Mengehadkan tempoh masa pemimpin yang memegang jawatan yang sama untuk memastikan proses peremajaan organisasi yang berterusan.
5. Mengamalkan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan organisasi.
6. Peka kepada kontinum sikap, afiniti, pilih kasih, kronisma, dan drejudis/diskriminasi.
7. Memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin.
8. Membangunkan pemimpin berkualiti dengan jumlah yang ramai.

Tan Sri juga berkongsi tentang beberapa pengajaran (lessons learnt) sepanjang pengalaman yang beliau lalui:

1. Wawasan, berkebolehan, jujur, beriteraksi, dan berintegriti.
2. Tidak perlu menjadi lantang untuk menjadi efektif (woww!! saya memang sangat suka dan strongly agree untuk ini)
3. Boleh menjadi "counter productive".
4. Perlu dengar sebelum beri pandangan atau membuat keputusan.
5. Lead by example.
6. Profesional, jujur, ikhlas, terus terang dengan rakan sekerja.
7. Tidak teragak-agak mengakui kesalahan dan membaiki kesilapan.
8. Jangan over spin (pusing kenyataan) dan jangan obses dengan publisiti.

Demikian lah serba sedikit intipati dan cerapan yang saya petik daripada syarahan yang Tan Sri sampaikan. Ada beberapa perkara lagi, namun dalam penulisan ini saya hanya membuat cerapan untuk bahagian yang saya minati untuk perkongsian di blog saya ini. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Semoga jua ilmu yang Tan Sri kongsikan ini akan mengalir pahala berterusan buat Tan Sri selagi mana ianya dipraktikkan untuk kecemerlangan dan kebaikan. Terima kasih Tan Sri atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang hebat ini!!

Salam Hormat,

RZH





Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe