Skip to main content

Jangan Cepat Mengalah dan Tunduk Pada Keadaan...


Sekadar menulis coretan ringkas sahaja..
apa yang datang di fikiran sekadar diturunkan dalam bentuk penulisan...
sekadar jua menghargai idea yang datang...

Mungkin suatu ketika diperlukan nanti ianya boleh dirujuk sebagai satu bentuk motivasi diri..

Dalam kerja kadang-kadang mood kita ups and dows...itu normal. Sudah pasti akan ada puncanya yang menyebabkan mood kita ups and downs. Justeru, sebagai seorang yang matang dan bijaksana...cuba cari apakah puncanya dan cuba atas dan selesaikan dengan penuh strategik dan berhemah.

Jangan kita cepat mengalah kepada keadaan yang menyebabkan mood kita hilang..mood yang merudum ini andai dibiarkan lama-lama akan memberikan kesan kepada semangat dan motivasi kita terhadap kerja, dan akhirnya prestasi kerja kita akan merosot. Jadi...jangan cepat mengalah dan tunduk kepada keadaan!

Tips mengelak diri dari cepat mengalah dan berputus asa:

1. Bila berlaku sesuatu selidiki apa puncanya dan jangan cepat melatah - just cool and relax.

2. Do not jump to any conclusions.

3. Stay open minded.

4. Jangan buat assumption dan penilaian sendiri.

5. Jangan menuding jari menyalahkan orang lain.

6. Terus fikir positif.

7. Elakkan berfikiran negatif sebab bila kita dalam negative thinking semua yang berlaku nanti adalah spt yang kita fikirkan - konsep NLP. Bila kita negatif juga tenaga dalam diri kita akan lemah dan ini lebih membuatkan kita terus down.

8. Muhasah diri. Bila sebut ttg muhasabah diri ini, ia adalah berkaitan dgn hubungan kita dengan Allah - check hubungan kita dgn Allah...tanya diri mengapa Allah menguji, adakah sebab kita sudah jauh dari landasan-Nya...semak solat kita, amalan kita kepada-Nya.

9. Banyakkan membaca Quran. Dengan membaca Quran, hati akan tenang, minda akan rasional dan lebih terbuka. Segala rasa terluka dan kecewa dapat dirawat melaluinya.

Semoga tips ini berguna dan bermanfaat buat semua. Sama2 kita mencuba dan mengamalkannya...jangan cepat mengalah dengan keadaan dan jangan cepat berputus asa...sebagai manusia kita akan sentiasa diuji...yang penting kepada kita adalah keimanan dan kebijaksanaan kita dalam menangani setiap ujian.


Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...