Skip to main content

Pengurus Hebat dan Berwibawa...


Pengurus adalah individu yang menguruskan sesuatu perkara atau urusan. Pengurus berperanan untuk menggerakkan sumber di bawah kawalannya bagi tujuan mencapai matlamat organisasi.

Sumber-sumber di bawah kawalan pengurus adalah pekerja, peralatan/mesin, kewangan, bahan dan kaedah. Semua sumber ini perlu digamblingkan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Pengurus adalah pemimpin. Justeru, pengurus mestilah seorang yang berkebolehan dan berkemampuan juga berbakat untuk menjadi seorang pemimpin.

Seorang pengurus yang hebat mestilah mampu menguruskan dan menyelesaikan semua tanggungjawab yang diamanah di atas bahunya dengan sebaik mungkin dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan menggambling semua sumber di bawah kawalannya.

Peranan seorang pengurus adalah untuk membuat:
1. Perancangan
2. Pelaksanaan
3. Penyelarasan
4. Pengarahan
5. Penyeliaan
5. Pengawalan

Ini selari dengan apa yang dikatakan oleh Henry Fayol, 1916 di mana fungsi pengurusan itu dilihat kepada lima komponen iaitu merancang, mengelola, mengarah, menyelaras dan mengawal.

Ciri - ciri seorang pengurus yang hebat dan berwibawa adalah apabila dia:

1. Menjalankan kerja dengan jujur, amanah, adil, telus dan berintegriti.

2. Menjalankan tugasnya dengan perancangan yang teliti dan pemikiran yang strategik.

3. Menjalankan kerja dengan cekap dan berkualiti dan memenuhi standard ditetapkan.

4. Berani membuat keputusan dan berani mengambil risiko atas setiap keputusan yang dibuat.

4. Memiliki tahap Emotional Quotient nya lebih tinggi drpd Intelligence Quotient.

5. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

6. Berpenampilan dan mempunyai personaliti yang menarik.

7. Berkarisma, beraura hebat dan mempunyai pesona dan menjadi inspirasi.

8. Mempunyai Kebijaksanaan dan kematangan yang tinggi.

9. Beriman dan berilmu.

10. Memiliki nilai keperibadian yang tinggi dan boleh menjadi contoh.

11. Mengenepikan kepentingan peribadi dan tidak mengambil kesempatan.

12. Sentiasa mengambilberat dan memberikan motivasi kepada kakitangan seliaannya.

13. Mempunyai toleransi yang tinggi dan dalam masa yang sama tegas.

14. Mengamalkan konsep "Turun padang bersama".

15. Mengamalkan konsep 'mempermudahkan dan bukan menyulitkan"

Kesimpulannya, seseorang pengurus memainkan peranan yang sangat penting dalam jatuh bangunnya sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi yang mempunyai pengurus yang hebat dan berwibawa sudah pasti akan terus cemerlang dan berjaya!

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...