Skip to main content

Susur Galur Kehidupan Anggerik Desa

Anggerikdesa dilahirkan dan dibesarkan di sebuah desa yang terletak di sebelah Pantai Timur. Sebuah desa yang diberi jolokan sesama adik-beradik dan rakan-rakan terdekat sebagai 'Elephant Island'.

Desa ini berhampiran dengan pantai yang kini semakin terhakis dek rakusan ombak yang semakin mengganas...ombak lauk yang semakin mengganas ini telah menelan sebuah kampung yang begitu besar juga suatu masa dahulu....sempat di zaman anggerikdesa kecil-kecil, hanya tinggal lagi satu kubu pertahanan semasa serangan askar Jepun suatu ketika dulu...dan kini satu2nya kubu yang tinggal itu sudahpun ditelan ombak berpuluh tahun yang lalu...yang tinggal kini hanya sejarah...dan yang nampak di mata hanya benteng pertahanan yang dibina dengan batu-batu yang besar yang diikat kemas bagi menahan ombak yang semakin mengganas...

Kini Anggerikdesa melalui kehidupan sebagai seorang penjawat awam di sebuah universiti awam dan setelah 13 tahun bekerja Anggerikdesa break seketika bagi menyambung pengajian di peringkat master dan akan kembali semula dalam dunia bekerja pada awal tahun 2012 nanti. Kerana itulah kini buat seketika Anggerikdesa mempunyai sedikit masa untuk menulis....

Insya Allah, walaupun nanti sudah kembali sibuk dengan urusan kerja...Anggerikdesa akan cuba untuk menitipkan bicara di blog ini....harapnya blog ini nanti sentiasa ceria dan aktif dengan perkongsian bermanfaat.


Moga Allah memberikan kekuatan kepada Anggerikdesa untuk menulis dan terus menulis.....

Salam Hormat,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe