Norchukria...
Sahabatku yang telah terpisah sejak 25 tahun yang lalu. kami terpisah kerana dia perlu berpindah sekolah dan kemudiannya menyambung pengajian ke luar negara. Aduhh...sedih hati aku hanya Allah jua yang tahu. kebetulan pada masa tu aku sedang meminati cerita Ninja, nama heronya Sasuka...wajahnya mirip dengan chukria (tapi Chukria ni perempuan ya)...sehingga kini bila teringatkan cerita ninja, aku akan sentiasa teringatkan Chukria.
Sekian lama sebenarnya aku mencari dia...menanya sahabat-sahabat lama yang turut mengenali dia, namun tidak seorang pun yang tahu di manakah dia berada sekarang. Aku ada 'search' melalui FB, namun tidak jua kutemui dia...aku sangat mengharapkan agar suatu waktu nanti Allah aturkan kembali pertemuan aku dengan dia....walaupun impian itu tidak kulafazkan melalui doa, namun itulah yang berbisik di hati aku.
Tanpa kuduga, tarikh 16 hb November 2011 (Rabu)...tiba2 dia muncul menyapa aku di inbox dalam FB aku. Ya Allah...aku sangat terkejut dan sangat gembira...sangat teruja dan tidak dapat nak kugambarkan perasaan aku ketika itu...syukur pada mu ya Allah kerana menemukan kami.
Dalam mesej pertamanya dia memperkenalkan diri dan menanyakan sama ada aku masih ingat pada dia. Masakan aku melupakan dia...dia yang sentiasa ada di hati aku..respon pertama aku menyatakan rasa gembira dan teruja aku kerana dapat berjumpa kembali dengan dia....mesej keduanya, dia memberikan nombor hp nya....tanpa perlu menjawab lagi mesej keduanya, aku terus menelefon dia....menjerit aku di telefon...Chukriaaaaaaa....awak kat mana....ke mana menghilang sekian lama....aku terus menanyakan soalan itu...mungkin Chukria agak terkejut dengan respon daripada kawan lamanya ini..tapi itu lah hakikatnya.....aku memang sangat teruja...dia yang sekian lama aku mencari, kini telah muncul semula....
kami terus mengaturkan untuk berjumpa dan berborak panjang...Sabtu ini kami akan bertemu di suatu tempat yang telah dijanjikan...Moga Allah mempertemukan kami di tempat dan masa yang telah dijanjikan itu....Insya Allah!
Salam Hormat,
RZH

Comments
Post a Comment