Skip to main content

Erti sebuah persahabatan

Bila menyebut perkataan 'sahabat' apakah agaknya yang terbayang di fikiran kita?


Sudah pasti kita membayangkan seseorang yang mengenali kita dan kita mengenali dia, saling berkongsi info dan masalah, saling bersama di waktu suka dan duka. Seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa memberikan dorongan dan perangsang, menjadi peneman setia di saat kita sedang berduka, dan cuba memahami seboleh mungkin segala apa yang sedang dihadapi dan dirasai oleh kita....begitu lah juga sebaliknya.


Terkadang bila kita begitu akrab dengan seorang yang bergelar sahabat..dan bila sesekali Allah menguji....datang 'ribut badai' melanda menggugat sebuah persahabatan yang sekian lama terjalin...sudah pasti rasa sedih datang bertamu...rasa kehilangan datang mengusik dan pelbagai rasa lagi yang menerpa di fikiran....itulah namanya kita merasai sebuah kehilangan bila dia tidak lagi bersama seperti dulu...


Justeru, dalam persahabatan seboleh mungkin elok la kita cuba memahami situasi sahabat kita yang sedang dilanda kemelut kedukaan itu...mungkin kita tidak dapat memahami sepenuhnya keadaan dia, namun dengan meletakkan diri kita ke dalam dirinya...konsep EMPATI...kita mungkin boleh memahami situasinya....di saat sahabat kita sedang berduka...berilah sokongan yang sebaiknya yang boleh menandakan bahawa kita sentiasa bersama dia...sentiasa berada di pihaknya...walaupun terkadang ada yang kita tidak bersetuju dengan dia...namun buat seketika itu...saat dia sedang berduka itu...berikanlah kata-kata yang boleh menyenangkan hatinya.....itu lah namanya sahabat.

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe