Skip to main content

Salam Perkenalan di Alam Siber...

Assalamualaikum dan salam pertemuan penuh harmoni,

Malam ini, buat pertama kalinya saya menulis di blog yang sebenarnya telah hampir dua tiga bulan didaftarkan. Nama blog ini saya berikan nama sebagai 'Anggerik Desa' ...ada sejarah di sebalik nama itu sebenarnya...sejak kecil lagi nama Anggerik Desa sentiasa saya gunakan dalam apa jua 'pengenalan'...sudah begitu sinonim dengan diri saya....justeru nama blog ini menjadi pilihan.


Sebenarnya telah sekian lama saya berangan dan mengimpikan untuk memiliki blog sendiri, namun mungkin kerana kekangan masa menjadikan segala angan dan impian itu belum dapat direalitikan...namun akhirnya pada malam ini, saya berjaya jua merealisasikan impian untuk memiliki blog sendiri...


Sejak kecil lagi dunia penulisan ini seakan telah menjadi darah daging saya. Justeru dengan perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi, saya merasakan banyak platform yang boleh digunakan untuk menulis. 

Tulisan sebenarnya sangat memainkan peranan untuk terapi diri. Dengan menulis, ia dapat memberikan rasa lega kepada diri sendiri apabila segala idea kita juga apa yang ada dalam hati dan fikiran dapat kita persembahkan dalam bentuk tulisan...mungkin bermanfaat kepada diri sendiri juga mungkin kepada orang lain yang berminat...


Semoga apa jua yang bakal dititipkan nanti akan sentiasa mendapat keberkatan dari Ilahi dan semoga jua kita semua akan sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah...Insha Allah.


Salam perkenalan & salam hormat

Anggerikdesa
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...