Skip to main content

Sejenak 'mengembara' ke alam pengajian dulu...

Malam ini aku masih setia menulis di sini...badan masih rasa kuat dan mata jua belum lagi mengantuk. banyak lagi sebenarnya assignments yang masih belum selesai, namun aku memilih untuk 'menyantaikan' minda dan  'melegakan' perasaan dengan menitip sesuatu di ruangan ini.

Malam ini aku ingin 'mengembara' sejenak fikiran ku ke zaman 19 tahun yang lampau, ketika aku masih menuntut di UKM...bersama rakan2 seperjuangan melalui kehidupan sebagai pelajar di Blok 6, Kamsis Bangi (Kini nama kamsis sudah ditukar kepada kolej)...

Kehidupan sebagai pelajar memang cukup indah. Andai dapat diundurkan masa adakah aku ingin kembali mengulangi zaman itu atau memilih untuk kekal di zaman ini, maksud aku zaman pekerjaan...ermmmm sebenarnya ada pro dan kon untuk kedua-duanya.

Zaman belajar, fikiran hanya memfokuskan kepada pengajian dan rakan-rakan di sekeliling dan enjoy dengan kehidupan kampus...tidak lebih dari itu. Justeru, komitmen sebuah kehidupan ini tidak begitu membebani diri...segalanya hanya memikirkan tentang rutin seharian. Bangun pagi cari breakfast, bersiap ke kuliah, makan tengah hari di Fakulti, ke library, minum petang bersama rakan-rakan, jogging atau riadah yang lain, sesekali memikirkan turun ke shopping complex, masak-masak bersama kawan-kawan, tak cukup duit menelefon ke kampung...itu lah rutin setiap hari sebagai seorang pelajar.

Bagi yang sudah 'berteman' for sure kehidupan di kampus menjadi begitu bermakna...segalanya dibuai mimpi-mimpi keindahan yang berpanjangan...rutin sebegini sememangnya tidak membebankan fikiran kerana kita pada masa itu tidak perlu memikirkan tanggungjawab dan komitmen yang besar.

Namun kehidupan di alam pekerjaan, sekaligus di alam rumahtangga...rutin kehidupan agak mencabar dan memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. banyak perkara yang perlu difikirkan...soal keluarga, soal pasangan dan anak-anak, soal kerja di pejabat, soal kewangan, soal orang tua di kampung, soal jiran-jiran, soal sahabat, soal kesihatan dan sebagainya lagi tuntutan lain yang setiap satunya punyai tanggungjawab yang berat...segalanya terpikul di bahu...memang alam pekerjaan juga indah kerana kita bebas untuk membuat keputusan, kita memiliki duit sendiri dan segala keputusan terletak di tangan kita....namun bebanan yang begitu besar dan tanggungjawab yang begitu tinggi menjadikan kita pada masa ini mudah untuk disinggah rasa stress dan mula disinggah jua pelbagai penyakit

bersambung.....

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe