Skip to main content

Maal hijrah 1433H...

Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita...adakah pemikiran kita seiring dengan peredaran masa yang begitu cepat itu...seakan sekelip mata segalanya berlalu...seakan baru semalam mengangkat doa membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun...semalam situasi ini menjengah kembali...rupanya sudah setahun berlalu...sudah 360 hari kita melalui 1432H...apakah yang kita peroleh dalam tempoh itu...apakah pencapaian diri kita, apakah sumbangan kita kepada diri kita, keluarga, organisasi tempat kita bekerja, masyarakat di sekeliling kita...dan juga negara kita....

Adakah kita pernah menyedari untuk bertanya semua itu kepada diri kita....andai kita masih terlupa dengan peredaran masa ini...lupa segalanya bergerak begitu pantas...lupa yang kita telahpun meninggalkan 1432H dan kini telah memasuki 1433H...andai kita masih lupa...sesuatu perlu kita buat kepada diri kita...supaya kita dikejutkan daripada terus hanyut dan mamai....

Malam tadi, alhamdulillah saya, suami dan anak-anak masih lagi berkesempatan dan diberikan peluang oleh Allah untuk memanjatkan doa akhir tahun dan doa awal tahun...kami duduk berkumpul seketika selepas solat maghrib dan suami mengetuai bacaan doa ini dan kami anak beranak mengaminkannya....tenang seketika jiwa ini...saya merasakan adalah menjadi tanggungjawap kedua ibubapa untuk melatih dan menyedarkan anak-anak supaya mereka sentiasa tidak lupa dengan kedatangan maal Hijrah ini....jauh di sudut hati, saya mendoakan agar anak-anak saya nanti menjadikan sambutan ketibaan maal hijrah ini sebagai tradisi dan rutin dalam keluarga yang bakal mereka bina nanti....insya Allah, mereka akan terus mengingai untuk terus membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun pada setiap kali menjelang 1 Muharam....Afiq, Anis, dan Akmal...ini semua adalah pesanan mama dan ayah....jadikan ianya sebagai rutin dlm kehidupan masing-masing nanti....

Ya Allah,
Tahun 1432H telahpun berlalu semalam
Aku bermohon kepada mu 
Agar segala apa yang telah kami lalui selama setahun lama
Sentiasa mendapat keberkatan daripada Mu
Sentiasa berada di landasan yang Engkau redhai
Ampunkanlah segala dosa yang kami lakukan pada setahun yang lalu
Dan berikanlah petunjuk kepada kami 
Untuk kami terus meningkatkan amalan pada tahun ini
Sesungguhnya kami amat mengharapkan hidayah dan rahmat Mu
Untuk kami meneruskan kehidupan yang masih berbaki ini

Ya Allah,
Hanya pada Mu kami memohon
Kerana Engkaulah Tuhan yang satu 
Dan tiada lagi Tuhan melainkannya Mu
Untuk tahun 1433H ini
Berikanlah kami petunjuk dan hidayah
Agar kami terus diberikan kecemerlangan 
dalam segala perkara yang kami lakukan
Tingkatkanlah amalan kami 
Untuk terus mendapat tempat yang mulia di sisi Mu
Berikanlah kami kebahagiaan berpanjangan
Di dunia dan di akhirat
Jauhkan kami dari segala malapetaka dan musibah
Tutupilah segala keaiban kami 
Dan hadirkanlah rasa takut dalam diri kami
Untuk terus istiqamah kepada Mu

Ya Allah
Sepenuh jiwa dan raga ini
Adalah milik Mu
Tiba masanya nanti 
kami akan dijemput untuk menemui Mu
Kembalikan lah kami 
Dalam keadaan yang penuh beriman kepada Mu
Ameen ya rabbal alamin.....


Salam Hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe