Skip to main content

Doa mohon pertolongan...

Sekadar perkongsian cuma. Entri ini sebenarnya sejak setahun lalu berada di status "Deraf" sebab saya tidak menyudahkan penulisannya dan dibiarkan begitu saja di "Deraf" tanpa klik publish...nak klik publish pun memang tak boleh sebab penulisan belum diselesaikan....dok hang macam gitu saja...

Jadinya malam ni kita selesaikan saja penulisan ini dan klik sebagai "publish". Makanya done..senang cerita..close deal terus...hehe

Kita semua tahu bahawa doa adalah senjata paling mujarab untuk kita panjatkan kepada Allah di saat diri kita dilanda badai dan taufan...doa bersungguh-sungguh kepada Allah, insyaAllah doa itu dapat menyelesaikan pelbagai kemelut kehidupan. Berdoalah seikhlasnya kepada Allah tanpa mengenal erti putus asa...jangan kita gopoh gapah dalam berdoa kerana nanti kita tidak betul-betul menghayati apa yang kita lafazkan...Berdoalah dengan tenang, khusyuk dan penuh keyakinan...InsyaAllah nanti Allah kabulkan.

Doa itu adalah ibadah...Doa adalah rayuan kepada Allah...maka berdoalah selalu pada Allah.

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan bagimu" - HR Tirmidzi


Tujuan dan kepentingan Doa:

1. Doa adalah ibadah yang sangat disukai oleh Allah.
2. Doa yang dipanjatkan ini adalah untuk memperoleh kebaikan di dunia dan di akhirat.
3. Doa yang dipanjatkan boleh mengelakkan rasa putus asa, kesedihan dan kekecewaan dalam hidup.
4. Doa ini dapat menjadikan kita sentiasa tabah dan kuat dalam menghadapi segala rintangan.

Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa..boleh secara dalam hati atau dilafazkan. Lebih afdal seandainya doa itu dilafazkan kerana kita menyebut setiap patah rayuan kepada Allah itu dengan penuh rasa rendah diri dan penuh keikhlasan dalam menaruh pengharapan kepada Allah agar Allah memberi pertolongan. 

Justeru, doa yang saya ingin kongsikan ini dipetik daripada sumber yang saya nyatakan di bawah:

"Ya Allah, jadikanlah aku orang yang takut kepada-Mu, sehingga seolah-olah aku melihat Engkau, dan berilah aku kebahagiaan dengan takwaku kepada-Mu, janganlah Engkau menjadikan aku sebagai orang yang tertolak disebabkan maksiatku kepada-Mu, jadikanlah aku rela dengan segala ketentuan-Mu, berkatilah aku dengan apa yang telah Engkau berikan kepadaku, tolonglah aku atas orang-orang yang menganiayaku dan tunjukkanlah padaku pembalasan terhadap orang itu hingga menyejukkan mataku"

Sumber: Dari Buku 'Doa Senjata Mukmin', tulisan Abu Ezzat Al-Mubarak, ms367.


Sekian dulu untuk entri kali ini...

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...