Skip to main content

Belajar melupakan sebuah 'kepedihan'

'Kepedihan' adalah satu perkataan yang sangat ngeri untuk didengar apatah lagi untuk melaluinya. Kamus Dewan, edisi empat mentakrifkan 'kepedihan' sebagai perihal pedih, rasa pedih, menderita pedih, kesedihan dan kesakitan dalam hati.

Memang rasa 'kepedihan' itu tidakkan mampu untuk orang yang melaluinya membayangkan dengan kata-kata...hanya Allah jua yang maha mengetahui kerana semuanya itu adalah ketentuanNya. kalau ingin diikutkan rasa 'pedih' itu...memang sampai bila-bilapun kita akan terus bersedih, terus menangis, terus tersiksa, terus merana dan merasakan seolah-olah hidup sudah tidak bermakna lagi.

Namun...sampai bilakah kita ingin membiarkan rasa 'pedih' itu terus membelenggu kita...sampai bila?...adakah kita ingin memusnahkan kehidupan kita hanya kerana rasa 'pedih' itu? adakah dunia ini sudah tidak bermakna lagi pada kita hanya kerana rasa 'pedih' itu?

Jangan terus terusan memusnahkan diri...berikanlah satu tempoh masa untuk kita melayan rasa pedih itu....memang ianya sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan...namun andai kita masih sayangkan kehidupan ini dan orang lain di sekeling kita yang masih menyayangi dan memerlukan kita...bangkitlah dengan satu semangat baru untuk kita lepaskan rasa 'pedih' itu berlalu dari hidup kita...biarkan ia pergi....

Kita perlu belajar untuk melupakan dan 'menguburkan'  kepedihan itu. Hanya dengan cara mendekatkan diri dengan Allah sahaja jalannya untuk kita beroleh ketenangan yang hakiki...memang sangat berat untuk melaksanakannya tapi secara perlahan-lahan kita perlu memaksa diri untuk melakukannya....lakukan lah beberapa sunnah yang Rasulullah telah ajarkan kepada kita, antaranya:

1. Lakukan lah solat tahajud dan sunat taubat
2. Membaca Al-Quran (bacalah walaupun hanya satu mukasurat pada setiap kali bacaan)
3. Menjaga solat Dhuha
4. Beristigfar (sebanyak mungkin)

Insya Allah....secara perlahan-lahan Allah akan membuka jalan untuk kita terlepas dari rasa 'kepedihan' itu....sentiasalah memanjatkan doa kepada Allah dengan hati yang betul-betul ikhlas dan menyedari kesilapan dan kekhilafan diri...bertaubat dan memohon agar Allah ampunkan segala dosa....pada saat begini, kita digalakkan untuk melakukan solat taubat...semoga segala kesilapan diampunkan oleh Allah....

Bersangka baik lah dengan Allah...Insya Allah segala apa yang kita hajati akan Allah kabulkan...masa dan ketikanya tetap akan tiba jua...yang perlu kita lakukan cuma berdoa, bersabar, dan istiqamah....

Salam Hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe