Skip to main content

Senaman Ringkas Lima Minit di Permulaan Hari Di tempat Kerja...

Lama sebenarnya tidak sempat singgah di blog. Entri dua hari lepas tu entri yang telah ditulis awal tapi tak sempat disudahkan hingga ke penghujung. Jadinya mlm tadi, hanya selesaikan ayat terakhir dan post kan terus. Itu yang pendek aje jadinya.

Lama tak menulis tu sebab kekangan waktu yang tidak menyempat jadinya dengan pelbagai halnya. Masa pula cepat sgt beredar. Tanpa sedar dah berbelas hari tak menjenguk blog selepas posting terakhir pada 5 Nov. Hmmmm..cepat benar, serasa sesaat. Adehhh

Penulisan kali ini saya nak berkongsi tentang kepentingan senaman ringkas di awal pagi di tempat kerja. Jadikan lah senaman ringkas ini sebagai satu rutin harian dan amalan secara istiqomah. Biar lah permulaan pagi kita mulakan dengan senaman secara bersama dalam seluruh pasukan kerja kita. Keharmonian pasukan kerja akan ditingkat dengan aura dan semangat kita yang bersatu dalam satu aktiviti senaman. Sangat banyak manfaatnya untuk diri sendiri juga untuk anggota organisasi keseluruhannya. Benda mudah tapi hasilnya lumayan untuk kesihatan dan terapi diri. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melakukan senaman secara bersama dalam satu pasukan kerja kita!

Senaman ringkas dengan gerakan dan regangan mudah ini hanya mengambil masa lima hingga tujuh minit saja dengan manfaat yang sangat besar.

Senaman boleh menghindari kita daripada rasa tekanan. Mengapa kita perlu menghindari diri kita daripada tekanan? kerana tekanan akan membawa pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes, obesiti, kemurungan atau kebimbangan, masalah kulit, masalah pelupa, keletihan, kurang tumpuan, dsbnya berkaitan.

Jom kita lihat apa agaknya manfaat besar daripada senaman ringkas 5 minit ni?

1. Dengan bersenam - seawal pagi kita dimulakan dengan aktiviti team work yang harmoni. Penyatuan diri dalam kumpulan besar dengan aura kegembiraan dan kebahagiaan bergabung boleh membawa kepada permulaan hari yang baik dan tenang serta hati yang positif.
2. Senaman boleh meningkatkan kecergasan fizikal dan minda kita, otot dan fleksibiliti badan kita.
3. Senaman boleh melancarkan peredaran darah dalam badan yang memberikan kesihatan yang baik kepada keseluruhan badan kita. Organ yang terlibat dalam sistem peredaran darah adalah jantung dan salur darah, 
4. Senaman dapat meningkatkan tenaga kita dan menghilangkan rasa lesu dan letih
5. Senaman dapat mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan 
6. Senaman dapat mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung
7. Senaman juga dapat menjadikan kita merasa sihat.
8. Bersenam membuat kita rasa happy
9. Bersenam ini baik untuk otak. Ia meningkatkan peredaran darah dan membawa bekalan oksigen ke otak dan seterusnya merangsang hormon untuk pertumbuhan sel otak.
10. Bersenam akan mengurangkan risiko penyakit nyanyuk atau alzheimer.

Di samping senaman ringkas lima minit ini, buat sekali senaman pernafasan untuk terapi dalaman. Senaman pernafasan ini sangat baik untuk melegakan tekanan dan mendamaikan rasa, membuat kita berasa tenang dan damai dan terhindar dari keresahan dan kegelisahan diri. Senaman pernafasan secara santai ini juga bertindak sebagai penenang semulajadi untuk sistem saraf kita. Senaman pernafasan ini juga dapat meningkatkan fungsi paru-paru. Lakukan dengan cara yang betul (boleh rujuk melalui google kaedahnya dan lakukan secara rutin)

Senaman pernafasan ini perlu dilakukan dengan cara yang betul. Tarik nafas melalui hidung...tahaaaaan..dan lepaskan melalui mulut secara perlahan-lahan. Buat exercise ini dalam kiraan 8 - 4 - 8. Tarik nafas secara aperlahan-lahan dalam kiraan lapan...tahan nafas di perut dalam kiraan 4 dan hembus keluar melalui mulut secara perlahan-lahan dalam kiraan lapan. Buat dua tiga kali sehari pun okey. 

Bagi manfaat yang lebih bermakna kepada diri kita, sesambil melakukan senaman pernafasan ini, kita berzikir dan menfokuskan hati kepada Allah. Pada saat jiwa kita sedang tenang itu berdoa lah apa jua yang baik yang kita ingin minta daripada Allah...yakin bahawa Allah akan mengabulkan permintaan kita..insyaAllah suatu ketika bila tiba saatnya Allah akan kabulkan. Lakukan dengan jujur dan ikhlas serta istiqomah dan jangan hangat-hangat tahi ayam. Kunci utama kejayaan adalah ianya dilakukan daripada hati dan secara berterusaan.

Sekadar perkongsian,
RZH




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe