Skip to main content

Nasi Manis Kelantan...

Nasi Manih Kelate.

Haishhh tak dpt tido...sudah 1.30 pagi. Aduhai, perut rasa berkeroncong..saja buat hal bila kita cuba kurangkan makan...hmmm.

Makanya, turun ke dapur la sekejap nak cari apa2 untuk dikudap..terlihatlah pulut dalam periuk kecil yang ditanak semalam untuk dibuat pulut durian...dalam hati berbisik, "elok lagi pulut ni, kalau dibiarkan sampai esok dah tentu basi nanti".

Sudahnya dapat idea untuk buat nasi manis atau orang luar kelantan panggil Wajik. Cuma wajik ni dia agak keras cket adunannya, manakala adunan nasi manis ni lembut dan mcm berlengah cket dek gula yg banyak. Tapi nasi manis saya ni saya kurangkan gula, jadi tak adalah berlengah sgt.

Kalau bonda saya yang buat nasi manis, mau "potong kaki" ore kelate kata...sebab tahap manih tu tak leh bawa bincang..manis sunggoh weiii...haha

Kembali kepada idea nak buat nasi manis tadi, saya teruskan hasrat walaupun jam dah dekat pukul 1.30 pagi...fikirkan durian masih ada tiga empat ulas dlm peti...elok sangat la kacau nasi manis ni. Bila campur durian lagi sedap.

Tapi santan? Allah....Tiba2 teringat santan tak ada, intai santan kotak, juga habis stok...adehhh selalunya ada aje stok santan kotak. Inilah akibatnya bila lama tak masuk dapur...

Saya buka freezer..alhamdulillah nasib baik ada kelapa lebihan buat apa ntahhh, dah tak ingat. Terus capai dan masuk blender... blend kelapa tu dgn air panas sbb kelapa tu beku..kena air panas lembut terus kelapa yg beku tu. Terus tapis jadilah santannya..ore kelate kata bare nak bare jadi...alhamdulillah. 

Maka onnnzzz la hasrat nak buat nasi manis saya di awal pagi ni..adehhhh...buat hal betul la RZH ni.

Jom kita lihat cara2 saya buat nasi manis...cara ni cara saya saja ya..main hentam saja dengan apa bahan yang ada di rumah saja la...daun pandan tak ada dlm rumah, kat pokok luar rumah ada la..tapi tidak la saya buka pintu dekat pukul 2 pagi ni untuk ambil daun pandan. Jadi saya tak bubuh daun pandan, tapi saya ganti dengan dua kuntum bunga cengkih...hihi..asalkan mewangikan nasi manis tu instead of pandan..maka balun aje la.

Pulut dalam dua cawan tadi saya masuk dlm kuali, santan drpd kelapa di blend tadi dpt dlm satu setengah cawan rasa saya..saya agak2 saja sbb saya tak sukat tadi, main campak campak saja dlm kuali. Saya masukkan dua sudu besar gula putih dan sekeping setengah nise (gula melaka). Nise ni nise kelate. Memang ada saja stok kat rumah nise ni. Tak dok stok nise kat rumah, rasa supo buke ore kelate tulen..haha kemahhh. Lepas tu saya masukkan setengah sudu teh garam dan dua kuntum bunga cengkih. Garam tu main campak agak2 saja tadi.

Saya kacau lebih kurang 20 minit ke setengah jam rasanya tadi... pulut tu mula pekat dan santannya meresap elok dalam pulut. Nasi manis ni saya suka yang tidak keras sgt..biar lembik sikit, tapi jangan lah lembik bebenar...kalau wajik tu saya tak suka sebab agak keras sikit adunannya sampai boleh dipotong jadi mcm potong kek pulak..hehe..nasi manis ni tak blh dipotong begitu..dia dimakan dengan sudu..dihidang dlm piring kuih dan disudukan ke mulut...boleh la pegang dgn tgn, tapi confirm la belengah dan melekat di jari la sikit..kena p cuci la lepas tu.

Bila dah siap, saya ni tak sabar nak merasa, terus ambik sudu dan suapkan ke mulut..panas panas tu..haha...tiup la sikit bagi sejuk, karang melecur lak lidah...hehe.

Perghhh sedap sangat ni...haha dah lama tak makan nasi manus..selalunya makan bila balik kampung..bonda akan buat.

Nasi manis saya ni special la sikit sebab saya campur dengan durian tadi...ya semuanya kena special la sempena 22.11.22 yang dicampur menjadi 10...kan hadiah hari lahir yang paling bermakna dan paling mahal buat saya. Gitttchewwww.

Okeyyy done penulisan untuk nasi manis special saya ni...jam menunjukkan pukul 2.30 pagi..adusss dah lewat ni saya tidur..esok nak ke ofis awal pagi..hmmmm.

Selamat mlm.

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe