Skip to main content

Hati dan Minat Boleh Berubah...

Sekadar mengimbau kisah lampau masa awal remaja dulu...masa form 1 hingga form 5....obses giler dengan cerita Hindustan atau citer Hindi. Ore kelate sebut citer "Enuste". Ore kelate ni kebanyakannya minat citer Hindi ni. Saya ni siap ada satu koleksi buku menyimpan gambar2 pelakon hindi yang disukai. Gambar2 ni dipotong dari akhbar.

Jika di tahun 80-an dulu Mithun Cakrabothy antara pelakon yang top dengan beberapa lagi actors. Saya memang peminat giler la kiranya dengan Mithun Cakrabothy ni di samping Akshay Kumar, juga sunny Deol.

Masa tu bila melihat Mithun seakan lupa segalanya...hati berbunga2. Siap kumpul koleksi gambar2 Mithun yang saya jumpa di akhbar. Asal jumpa saja potong dan simpan. Begitulah obses sekali saya. Jika dikira tahap minat tu tiada bandingan la..tahap 200%...adoiii la huru hara sunggoh dih masa tu..hehe

Bila masa beredar...usia meningkat dan pemikiran juga kematangan berbeza...slowly minat saya berubah. Saya tidak lagi minat untuk menonton cerita hindi ni. Banyak faktor penyumbang kepada hal tidak minat ni, antaranya kesibukan dan kekangan masa, keduanya sebab anak2 dan semakin membesar. Saya stop tgok citer2 yang banyak kisah cintan cintun yang boleh mempengaruhi anak2 di peringkat awal pembesaran mereka. Seingat saya bila anak2 dah mula membesar. Rasanya sejak anak2 berumur 10 tahun saya tidak lagi menonton cerita hindi. Maksudnya dah lebih kurang 15 tahun dah saya tak menonton citer Hindi

Apa yang ingin saya highlight kan di sini adalah tentang kuasa hati. Apabila Allah membolak balikkan hati kita maka ianya akan merubah segalanya...yang suka boleh menjadi tidak suka, yang tidak suka pula boleh menjadi suka. Tiada siapa boleh merubah apa2 kecuali Allah.

Justeru, jangan kita selesa dengan apa jua perkara kerana bila Allah membolak balikkan hati kita, maka segalanya tidak akan sama lagi. Semuanya akan menjadi zero rasa. Bila zero rasa perasaan kita akan turut berubah...tawar dan kosong.

Teringat dua tiga hari lepas terlihat gambar Mithun Chakrabothy di salah satu saluran media...terdetik di hati "Eh, ini pelakon kegilaan saya ni"...namun saat melihat tu tiada sedikitpun ada rasa teruja hadir. Tiba2 terdetik dlm hati, "camane lebih 30 tahun yang lampau aku sangat giler kat actor ni, sedangkan kini tiada langsung rasa minat atau rasa teruja hadir." aku mengintai-intai juga pada raut wajahnya, susuk fizikalnya mencari sesuatu yang suatu ketika dulu menarik minat aku untuk meminati dengan sangat mendalam ...tiada apa yang aku temui. Sekadar biasa2 saja.

Kesimpulannya, sifat suka itu sangat subjektif. Saat hadir rasa suka kita pada manusia atau sesuatu perkara, bukan main kita begitu "jatuh cinta" dan "gila bayang" kepada dia...tapi saat Allah menarik kembali rasa suka itu, maka hati kita menjadi tawar sehingga kita pun heran camane kita blh tergila2 atau minat pada dia suatu ketika dulu.

Begitulah kehidupan...memang standard begitu.

Hati ni boleh berubah kerana yang memegang hati kita adalah Allah. Bila hati telah dipalingkan pada sesuatu maka rasa kita tidak lagi sama sebagaimana saat kita sukakannya suatu ketika dulu. Saat itu hati kita tawar dan tiada rasa. Kerna itu, sentiasa lah berdoa kepada Allah agar jika hati kita dibolak balikkan, biarlah atas sebab kebaikan. Amiin YRA

Santai2 menulis

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe