Skip to main content

Donut Kampung Sedap Gebu Gebas


Salam hujung minggu buat semua.

Semoga semua dapat memanfaat hujung minggu ni dengan sebaiknya untuk diri dan keluarga. Berehat sepuasnya dan boleh melakukan apa jua aktiviti yang diminati.

Awal pagi hari ni saya memilih untuk membuat donut kampung yang sedap. Mengapa saya panggil donut kampung kerana saiznya kecik2 dan selalunya saiz kecik2 mcm gini dijual di warung2 kat kampung untuk buat kuih minum pagi.

Lama sgt dah sebenarnya tak buat kuih dan masak2. Hari ni ada waktu terluang di rumah, makanya kita onnnzz masuk dapur.

Jom kita lihat bahan2nya dulu.

1. Tepung gandum 1/2 kg. Saya guna yang high protein lebih sesuai untuk gebu gebaskan donut.

2. Satu sudu besar yis segera

3. Satu sudu besar margerin

4. Dua biji telur

5. Satu sudu teh garam

6. Gula tiga sudu besar

7. Setengah sudu besar baking powder

8. Setengah sudu besar bread improver

9. Satu sudu besar susu tepung

10. Air sejuk 100 - 150 ml


Cara-cara:

1. Gaul serata semua bahan kering.

2. Masukkan air dan telur. Uli dalam 10 minit.

4. Masukkan margerin. Uli lagi dalam 30 minit. Saya uli tangan dan tak pakai mesin. Jika uli dgn mesin, 15 minit sudah memadai.

5. Biarkan doh dlm 45 minit ke sejam. Tutup dgn kain bersih. Boleh sapukan minyak masak cket di doh supaya doh tidak mengering.

6. Tumbuk2 kan doh untuk keluarkan angin.

7. Bentuk kan bulat2 kecil2 dlm 35gm setiap satu. Leperkan dan tebuk lubang di tghnya. Jika tiada acuan donut, boleh guna tutup botol untuk lubang di tengah.

8. Tutup doh dgn kain bersih atau plastik. Biarkan dlm setengah jam ke sejam lagi dan blh digoreng dengan api sgt perlahan. Semasa masukkan donut yang gorengan pertama, minyak tidak perlu panas..takut nanti hangus pula donut kita. Bila kekuningan dah blh diangkat. Keringkan minyak sekejap dan blh disalut dgn gula icing atau gula halus. Saya guna gula icing.

Slmt mencuba.





Salam hormat,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe