Skip to main content

Penantian 24 Tahun Sebagai Hadiah Hari Lahir...

Penantian itu memang menyakitkan.

Namun, pasti ada hikmah mengapa Allah tangguhkan.

Hakikatnya tidak semua yang kita mahu kita akan dapat. 

Allah tahu apa yang akan diberi kepada kita dan apa yang tidak. 

Namun, sebagai hamba Allah kita jangan berputus asa..terus cekal, terus kuat dan terus istiqomah. Bila tiba saatnya Allah akan memberikannya jika ia adalah milik kita..jika bukan milik kita maka tetap tidak akan sampai kepada kita. Maka saat itu, Redha lah dan ikhlaskan lah.

Kuasa Allah...

Allah kata sudah tiba masanya Allah memberi apa yang dimpikan dan diharapkan...

Ya, finally selepas 24 tahun menunggu...sejak September 1998 dan kini segala penantian itu temui pengakhiran yang baik...termetri segalanya pada 24 November 2022...alhamdulillah...finally Allah izinkan.

Menjadi sesuatu yg sangat bermakna bila segalanya yang sekian lama didambakan dan ditunggu jatuh pada kiraan 22.11.22 membawa kepada nilai 10. Memetri indah hadiah paling mahal untuk hari jadi pada kali ini. Allah Maha Mengetahui hati hamba-Nya sejak sekian lama..kesabaran dan kesetiaan menanti...melalui rasa perit dan kecewa berulang, akhirnya saat yang dinanti didatangkan pada tarikh yg sangat bermakna..tarikh hari lahir....Allahuakbar... Speechless..tkasih Allah. Hadiah hari lahir yang cukup bermakna dan mahal nilainya.

Semoga Allah terus menjaga dan memelihara, mempermudahkan serta melindungi idola dan figura ini dalam segala urusannya. Dia seorang yang hebat, sangat luar biasa ketabahan dan kecekalannya. Dia mempunyai daya juang yang sangat hebat...dia tidak pernah mengenal kalah walau derita berterusan dan akhirnya kejayaan menjadi miliknya. Semangatnya dan jiwa juangnya itu perlu dicontohi.

Inilah dia jawapan kepada mengapa hari lahir tahun ini sangat special...kenangan terindah..kekal selamanya di hati...

Semoga Allah terus memberkati dan memelihara kehidupan kita semua. Diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat...nikmat tenang dan damai, dan dimurahkan rezeki umpama air yang mengalir....amiin YRA.

Penantian itu memang menyakitkan, namun bila saat kemenangan tiba...nikmat indah dan manisnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Justeru, pegang perkataan "sabar", "redha", "terus kuat" "tidak mengaku kalah" dan "ikhlaskan"

RZH.


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe