Hidup ini adalah sebuah pengorbanan.
Dalam apa jua situasi, konsep pengorbanan akan hadir. Kita terkadang tiada option dan tiada choice...maka kita kena hadap. Jangan sesekali rasa down...hadap tetap kena hadap, maka kawal minda kita sebaiknya.
Contohnya, dalam bidang pekerjaan bila kita adalah seorang ketua, kita tidak boleh berharap semua orang kena suka kita. Selepas kita dah berikan yang terbaik dengan adanya budi bicara dalam peraturan, namun masih lagi ianya tidak dpt diterima...maka kita tiada pilihan lagi selain menerima hakikat untuk tidak disukai. Ada yg akan tak suka kita bila apa yang mereka harapkan tidak selari dengan keputusan Pengurusan.
Sebenarnya, dengan menjadi ketua, kita adalah orang yang bertanggungjawab untuk menjaga peraturan dan menasihati peraturan, mengemudikan segalanya mengikut governan dsbnya..kita bertanggungjawab meletakkan sesuatu perkara itu di tempatnya yang betul. Di sinilah selalunya berlaku konflik dalam organisasi.
Kita mungkin menjadi ketua yang tidak popular. Inilah antara pengorbanan yang perlu kita lepaskan. Menjadi ketua bukan untuk kita mengejar populariti tetapi untuk menjalankan peranan dan menunaikan tanggungjawab. Sudah pasti kita tidak dapat memenangi hati semua orang...sudah pasti juga tidak semua org suka dengan apa yang kita lakukan.
Jangan risau dan jangan gundah gulana bila ini berlaku kerana situasi sebegini adalah perkara biasa dalam organisasi. Yang penting adalah kita clear dengan tindakan kita, kita clear apa yang kita buat itu adalah perkara yang memang kena begitu. Kita juga perlu clear dgn Allah atas apa jua dilakukan mohon doa kepada Allah agar tindakan kita sentiasa dalam redhanya. Selebihnya serah kepada Allah.
Salah faham dalam memahami isu2 dalam organisasi juga adalah perkara biasa. Jadi kita perlu sentiasa bersedia. Tangani segalanya dengan bijaksana dan berhemah. Pasti akan ada penyelesaiannya. Sehingga saat itu sampai, hati dan jiwa kita kena betul2 kuat..dan mental perlu betul2 kental. Tingkatkan apa jua bidang ilmu dalam pengurusan supaya kita mempunyai banyak strategi untuk kita selesaikan satu2 cabaran itu.
Ingat, sesuatu perkara yang ada permulaan pasti tetap akan ada pengakhirannya. Kita hanya perlu bersabar sedikit sahaja. Pegang di situ!
Salam pagi Ahad,
RZH
Comments
Post a Comment