Skip to main content

Sayangi Diri...Jaga Diri...

Adehhhh..lima hari tak sempat singgah di blog. Kesibukan tahap tak blh bawa bincang...huru hara punya kekalutan...amboihhh bukan main ya. Hehee...belah malam memilih untuk berehat saja..fizikal dan mental.

Alkisahnya begitu la bila masa 24 jam kurniaan Allah ni kita perlu urus sebaiknya. Sebelah siang dah tentu full di tempat kerja. Kecuali weekend yang tiada program. Sebelah mlm pula perlu rehat secukupnya untuk refresh dan recharge diri.

Masa juga dirasakan berlari pantas benar. Hadoilah...laju sunggoh la. Minggu ke minggu bagaikan kilat lajunya. Sedar-sedar dah sebulan demi sebulan berlalu. Sedar-sedar hanya berbaki dua bulan saja lagi tahun 2022 akan berakhir. Dan tahun baharu akan muncul lagi...Allah la.

Rutin kehidupan kita begini la. Masa 24 jam itu terisi dengan rutin harian yang sama...pergi kerja dan buat kerja, laksanakan ibadah kepada Allah, makan dan minum, beriadah, masa bersama famili, masa untuk membaca, masa untuk hadir perkongsian ilmu, jumpa kawan, pergi holiday, masa untuk tv, media sosial dan beberapa aktiviti kehidupan yang lain.

Justeru, dengan rutin kehidupan yang sangat padat dan "memenatkan" ini, gunakan sebaiknya masa yang kita ada untuk perkara2 yang bermanfaat dan mempunyai value added nya. Tak perlu buang masa dan energy kita kepada perkara2 yang tidak bermanfaat. Latih diri untuk hanya memikirkan benda yang meningkatkan semangat dan motivasi diri saja. Benda yang rubbish tak payah la fikir. Kita ada pilihan kan..jadinya pilih yang terbaik untuk kesihatan mental kita.

Macamana nak hindari diri daripada memikirkan benda2yang rubbish ni. Jom kita cuba kaedah berikut:

1. Prinsip pertama. Benda yang kita detect boleh menyakitkan hati dan mengguris hati kita. Makanya tak usah fikir. Filter siap2 dalam minda kita. Kita perlu beri arahan pada minda supaya jangan fikir. Stop terus. Tanya diri, jika terus fikir apa kita dapat...adakah dapat mengubah keadaan? Jika tak dapat ubah apa2,malah hati kita yang semakin sakit, maka stop thinking!

2. Prinsip kedua. Jaga dan sayangi aura positif dalam diri kita. Jangan curi aura positif itu dengan benda2 yang negatif. Benda negatif ni akan menarik gelombang positif dalam diri kita. Kita akan jadi lemah, tak bersemangat, letih, tiada jiwa dan mcm2 lagi...mengapa kita nak pilih benda yang "menjahanamkan" diri kita. Kita yang buat pilihan untuk diri kita, jadi pilih yang terbaik. Kawal hati dan minda.

3. Prinsip ketiga. Redha dan terima suratan Allah. Allah dah tulis. Latih diri untuk terima, redha dan ikhlas. Pasti Allah gantikan kekecewaan dengan kebahagiaan. Yakin di situ. Sabar seketika. Hasilnya superb nanti.

Kesimpulannya, sayangi diri kita. Jaga diri daripada perkara yang menjadikan kita tidak happy. Jangan ikut perasaan...fikir secara bijak atas apa juga tindakan kita. Doa secara istiqomah. InsyaAllah, Allah jaga kita.

Sekadar menulis,

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe