Skip to main content

Nasi Goreng Bodo Yang Sedap

Hari ni cuti khas PRU. Sehari sebelum PRU, kerajaan memberikan cuti bagi rakyat bersedia untuk mengundi, terutamanya rakyat yang akan pulang mengundi di kampung halaman. Jadi ada cukup masa untuk bergerak balik.

Agak lama tak menyediakan sendiri sarapan pagi. Pagi ni masuk dapur menyediakan nasi goreng simple atau juga dipanggil nasi goreng kosong, atau juga ore kelate panggil "nasi goreng bodo". Mengapa dipanggil begitu, sebab nasi goreng ni memang hanya menggunakan dua bahan utama saja, iaitu bawang dan telur. Telur saja sebagai rencahnya.

Mr. Husband memang suka nasi goreng kosong ni. Saya tahu ttg nasi goreng ni daripada mak mertua. Mak mertua memang suka buat nasi goreng kosong, sehinggakan anak2 saya pun menggemarinya. Menjadi fav anak2 dan Mr. Husband la kiranya. Sesekali makan memang terangkat.

Jom saya kongsikan macamana nak buat nasi goreng bodo ni. Bagi yang nak mencuba boleh follow resepi ni ya.

Bahan2:

1. Dua ulas bawang putih.

2. Tujuh lapan ulas bawang merah

3. Telur dua biji

4. Satu kiub ayam

5. Minyak masak dalam tiga empat sudu.

6. Nasi putih (beras dimasak dua pot)

7. Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Bawang putih dan bawang merah dimayang.

2. Nasi digaul siap2 dengan setengah sudu besar garam (agak2 ya).

3. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang. Bila dah keperangan masukkan kiub ayam. Kacau serata sekejap dan masukkan telur. Biarkan telur ni masak dulu di bahgn bawahnya dan baru dikacau. Bila telur dah hancur sedikit, boleh masukkan nasi. Kacau dalam lebih kurang 10 minit dan nasi goreng bodo siap!

Nota: Telur boleh juga digoreng awal dan selepas tu blh tuang masuk saja dalam nasi semasa proses menggoreng tadi. Telur ni digoreng hancur ya jika memilih kaedah ni.

Selamat mencuba!

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...