Skip to main content

Udang masak lemak cili api...

Petang ni plan berbuka pot luck dengan geng rapat masa Corp Comm UPM dulu. Memang ini antara rutin pada setiap kali bulan puasa cuma dua tahun lepas tidak dilaksanakan kerana pandemik.

Saya dah janji nak buat udang masak lemak cili api...makanya kena tunaikan janji. Menu pot luck drpd saya, udang masak lemak cili api ni dengan daging goreng ala kelate, sambal belacan dan sedikit ulaman. Baru selesai masak..rest sat dan dalam jam 5 pm nanti gerak ke destinasi.

Sementara berehat sambil menulis ni, saya kongsikan cara saya masak udang masak lemak cili api ini. 

Bahan-Bahan:

Udang setengah kg lebih

Santan pekat setengah kg.

Bawang merah kecil 10 ke 12 ulas

Bawang putih seulas

Cili api hijau segenggam

Serai dua batang diketuk

Daun kunyit sehelai

Kunyit hidup satu inci

Kunyit serbuk satu sudu 

Halia secoet (sikit saja)

Garam dan gula secukup rasa.


Cara-cara membuatnya:

1. Bersihkan udang, potong hujung kepala. Ekor saya tak potong. Cuci dan toskan.

2. Blend hancur bawang dan cili api, kunyit dan halia.

3. Campur santan dengan bahan blend dalam periuk dan masak atas api. Letak terus serai dan daun kunyit yang dicarik2 kasar. Masak atas api sederhana sehingga memggelegak, masukkan udang yang ditos tadi. Jgn lupa, bila kita masak gulai, kuahnya perlu dikacau daripada bermula sehingga ke kuah dah menggelegak, jika tidak kuah akan berketul2, tak cantik gulai kita nanti.

4. Selepas masukkan udang, terus kacau gulai, masuk garam dan gula secukup rasa...jangan lama sgt atas api nanti udang mengecut...slps 10 hingga 15 minit boleh padamkan api...jgn awal sgt tutup api sbb takut air udang tu tak sempat blend elok dgn santan..nanti cepat basi gulai kita.

Masak lemak cili api sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe