Skip to main content

Ceritera Sebuah Jawapan Yang Tertangguh...

Sekadar mengimbau satu berita kehidupan  yang berlaku ..sudah lama cerita ini sebenarnya tapi saya baru jadikan content blog..saja letak kat blog...mungkin bermanfaat...

------------------------------

Ternganga terlopong termenggu seketika mendengar tentang suatu cerita yang dikongsikan. Tiada komen keluar dari mulut saya...sekadar mendiamkan diri. Lidah kelu..hilang kata2...saya memilih untuk reserve kata2...mungkin tiba masa dan saat yang sesuai saya keluarkan...itupun jika saya masih berminat. Jika tidak, saya just let it go. 

Kisah ini berkisar tentang sebuah kehidupan yang penuh dengan kecurangan, kepuraan, penipuan dan ketidakjujuran. 

Al-kisah sebuah cerita daripada seorang client yang diperdengarkan kepada saya tentang perangai seorang suami yang begitu licik (pada saya bukan licik, tapi jahat). Sangat "Bijaksana" menyorok perkahwinan dengan isteri kedua sehingga usia perkahwinan kini telah memasuki tujuh tahun.  

MasyaAllah..saya menahan getar...menahan kata...dalam hati berbisik "macamana tegarnya hati dia menipu ni...keringnya hati dia". Sejak awal memang orang ni kaki penipu, kaki belit atau bagaimana ya!

Terus terang saya sebenarnya tak sampai makamnya untuk berfikir bagaimana sang suami itu boleh terus hidup dalam penipuan dan kepuraan sebegini.

Tenangkah dia..bahagiakah dia...jika sekalipun bahagia...adakah mencapai barokah dan bahagia yang sebenar jika bahagia yang dikecapi itu atas penipuan dan kepura-puraan sebegini. Bab ni saya memang tak faham..tak rasa kesian dan bersalahkah kepada anak2 dan isteri..yg ni satu bab la...satu bab lain pula...bagaimana pula konsep adil dan saksama dipraktikkan bila dia memilih untuk menjadi suami kepada dua wanita, namun mengenepikan soal adil dan soal tanggungjawab kepada isteri kedua.

Bagaimana rutin kehidupan yang sang suami ini lakukan?

Sepanjang masa, sama ada waktu malam dan hujung minggu sang suami memang berada di rumah dengan isteri pertama dan anak2 seperti biasa. Menjalankan tugas2 suami seperti biasa...Memang secara pandangan kasar tiada yang boleh dicurigakan.. 

Jadi, masa bila lelaki ini berada di rumah isteri satu lagi?

Rupa2nya sang suami akan ke rumah second wife bila ada kelapangan tertentu...Di hujung minggu jika ada urusan rasmi di luar maka mencuri masa singgah di rumah second wife kemudian balik ke rumah macam biasa...pretending dan terus pretending...

Masa siang atau lunch time waktu bekerja atau mungkin tuang waktu bekerja, sang suami akan menghabiskan masa sekejap di rumah second wife. Datang makan tengah hari dan mungkin menjalankan tanggungjawab apa yang patut.

Allahu..hanya ini sajakah ikrar tanggungjawabnya semasa akad nikah di negara jiran. Aduhai nikah di Siam rupanya.

Tujuh tahun berterusan begini..

Saya sekadar mengucap panjang...beristigfar...

Allahu...

Sekadar komen personal saya:

1. Macamana sang suami ni kawin tanpa pengetahuan isteri pertama.. Aduhhh...mmg tergamak sungguh la sang suami ni pergi kawin kat siam...mmg licik sunggoh la orangnya.

2. Dalam ertikata lain, kasanova dan jahat sungguh la sang suami ini. Menyorok perkahwinan dalam diam, curang dan menipu.  Tergamak dan sampai hati hidup dengan menipu anak isteri. Tak kesian kah melihat anak dan isteri yang ditipu hidup2 ini. Kenapa tiada langsung rasa kesian atau rasa bersalah walau sekelumit! "dia ni masih ada perasaan atau dah mati rasa!"

3. Tidak bertanggungjawab sungguh perangai sang suami ini..macamana boleh dia menidakkan hak isteri pertama dalam bab mendapatkan kebenaran atau restu. Dan keduanya bagaimana dia boleh menidakkan hak isteri kedua..mengabaikan tanggungjawab sbg suami kpd second wife dengan menjadikan  second wifenya sebagai part time wife...

4. Macamana dia lafaz nikah dan baca aku janji untuk bertanggungjawab sebagai seorang suami...masakan tanggungjawab hanya dilunaskan dengan menjenguk masa lunch time dan hujung minggu yg dicilok antara masa mempunyai urusan kerja sahaja. Pada dia agaknya yang penting dihalalkan..sakit demam isteri kedua, keperluan dia, nafkah dia ditidakkan. Pada saya, sikap ini hanya ada pada seorang yang tidak bertanggungjawab, dayus, penting diri sendiri dan pengecut. Hilang respect!

5. Saya tertanya dlm hati..kenapa agaknya wanita kedua itu dikahwini? Adakah atas dasar kesian, nafsu, sudah terlanjur atau apa. Apa jua jawapan sang suami, memang tak dpt diterima kerana sepanjang masa dia hidup dengan menipu, menipu dan menipu. Ya betul, ini mmg jodoh yang Allah tentukan...soal jodoh ni kita tak boleh sangkal. Pada saya, bukan soal jodoh yang dibahaskan di sini tapi soal sikap, adab, dan tanggungjawab.  Ada cara yang lebih baikkan daripada perangai temberang, menipu dan tidak jujur ini...seorang lelaki yang baik adalah lelaki yang akan bertanggungjawab atas setiap keputusan dan perbuatan yang dilakukan. Seorang lelaki yang boleh dihormati adalah yang berlaku jujur dan adil pada isteri2 nya. Kawinlah sampai empat pun, tapi pilihlah untuk hidup dalam kejujuran dan berlaku adil...berterus terang lah.

Panjang sebenarnya cerita yang diperdengarkan kepada saya. Saya sekadar ringkaskan saja di sini. Satunya penat nak menulis panjang. Keduanya biarlah saya simpan saja lah yang selebihnya tu...penat!

Semoga kita boleh mengambil pengajaran atas cerita ini dan atas apa yang berlaku ini. Kepada semua, hidup lah dalam kejujuran, walau perit walau sakit biar yang benar dan jujur saja yang kita praktikkan. Jangan hidup dalam kepura-puraan kerana kelak memakan diri. Jangan juga hidup atas derita orang lain. Nasihat saya, cukup2 lah hidup sebagai kasanova..bukan masanya lagi...umur juga semakin menganjak...sudah2 la tu.

Sekadar perkongsian sebuah drama kehidupan daripada client saya...pertanyaan jujur daripada saya, sampai bilakah sang suami ini memilih untuk terus berada dalam kehidupan yang tidak jujur ini?

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe