Skip to main content

Resepi Kentang Bercili...

 

Jarang sekali saya memasak menu kentang sebegini. Tapi petang ni excited pula nak memasak menu ni. Satunya, saya fikirkan anak2 suka menu ni dan keduanya fikirkan menu ini merupakan menu sihat. Lagipun rasa tidak begitu berselera untuk makan berat. Plannya nak meratah saja kentang ini.

Menu ni sangat mudah untuk disediakan tapi sedap untuk dikudap2kan. Kentang tu dipotong ala wedges. Digoreng sedikit garing di luar tapi lembut di dalam. Tips goreng kentang ni, ia perlu ditutup masa permulaan sehingga kentang dah nampak garing. Balik2kan supaya garingnya serata dan boleh ditutup lagi sekejap. Tujuan ditutup ni adalah untuk menjadikan kentang tu empuk elok dan gebu rasanya.

Selepas kentang digoreng. Boleh la tumis sebelah bawang holland yang dimayang dan seulas bawang putih yang ditumbuk pecah2. Kemudiannya satu sudu besar cili kisar. Tumis bawang putih dan bawang hollang hingga garing, masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan masukkan kentang yamg digoreng tadi..gaul serata dan masukkan sedikit garam dan gula juga sedikit perasa jika suka. Biarkan atas api dalam tujuh lapan minit hingga serata semua cili tumis tadi. Makanya siap!

Kentang goreng ni sedap diratah kosong begitu atau dimakan dengan nasi. Menu ini juga sedap dicampurkan dengan tempe goreng dan ikan bilis goreng bagi mereka yang suka.

Salam hormat,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe