Skip to main content

Sop Tulang Iftar ke-16

Req from Mr. Husband...iftar today nak makan kuew tiau sop...orait saya on saja bab masak. Kebetulan anak sulung tak balik masa saya masak sop tulang last week. So now dia ada kat rumah...okey la sedang elok buat sekali lagi.

Alhamdulillah selesai berbuka...Mr. Husband dan anak sulung makan kuew tiau sop, saya dan anak yang bongsu makan nasi..perut saya ni perut melayu, mesti kena berbuka dengan nasi juga walaupun sikit..hehe.

Okey jom, kita tengok bagaimana saya buat sop tulang. Sop tulang ni saya campurkan cket dengan daging...biasanya bila buat sop tulang, saya guna satu kg tulang dan dalam 700gm daging. Seperti biasa Mr. Husband yang tukang beli barang mentah..saya jarang ikut..kecuali yang sebulan sekali beli brg dapur, saya akan bersama turun ke CS ataupun Lotus.

Bahan2:

Satu kg tulang

700gm daging

Bawang putih 5 ulas

Bawang merah 10 ulas

Halia sebesar ibu jari

Rempah sop tulang yang dah lengkap dengan rempah empat sekawan tu. Mana2 brand boleh..biasanya saya guna adabi.

Batang saderi satu atau dua batang. Terpulang pada masing2 ya. Satu batang pun cukup. Jika suka blh masuk kentang. Sop kali ni saya tak masuk.

Daun sop

Dua tiga tangkai cili api

Setengah biji limau nipis.

Satu kiub ayam

Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Sedikit air asam jawa. Dlm setengah sudu asam jawa dicampur dengan sedikit air.

Cara-cara:

1. Potong daging nipis2 dalam ketebalan setengah cm.

2. Cuci bersih tulang dan daging dan toskan.

3. Rebus dulu daging dan tulang dalam periuk..lebihkan airnya. Daging dan tulang akan empuk antara dua ke tiga jam. Biar betul2 lembut baru sedap sop tulang ni. Kalau daging keras..mmg spoiled lah.

4. Bila daging dah lembut, tumiskan bawang putih yang ditumbuk pecah2 dan rempah empat sekawan tadi dengan halia yang ditumbuk pecah2 saja. Saya tumis sekali bawang merah yang dimayang sebab malas nak tumis berasingan. Hehe... sepatutnya tumis berasingan dan selepas tu tabur dalam kuah. Tapi dek rasa malas dan nak mudah saya tumis sekali..

5. Sop bunjut yg warna putih tu blh masukkan dlm periuk selepas daging dah empuk..sebelum menumis bawang dan rempah empat sekawan.

6. Tumis bawang dan rempah empat sekawan. Bawang yang dah garing ditumis tadi terus curahkan dalam periuk sop dengan minyak2nya sekali. Jadi make surat masa menumis jangan guna minyak banyak..memadai dalam satu senduk kecil.

6. Biarkan kuah menggelegak, masukkan satu kiub ayam, garam dan serbuk perasa. Untuk sop, saya mmg guna serbuk perasa sebab dalam sop ni kita jangak masukkan gula. Dalam masakan lain mmg saya tak guna serbuk perasa...

7. Biarkan mendidih dalam 15 ke 20 minit dan bila dekat nak angkat boleh masukkan sedikit air asam jawa dan masukkan daun saderi. Daun saderi ni jangan masuk awal..nanti layu benar pulak dia.

8. Maka siaplah sop kita dan boleh dihidangkan. Dalam mangkuk hidangan, taburkan daun sop, cili api yang telah dipotong kecil dan setengah keping perahan asam limau nipis untuk melengkapkan rasa.

Apa jua menu sop, perlu dilengkapkan dengan sambal kicap, barulah superbbb..jadi jangan lupa buat sambal kicap untuk pelengkap rasa sop tu. Resepi sambal kicap ni simple saja...secoet bawang putih, tujuh lapan tangkai cili api ditumbuk lumat, masukkan tiga sudu besar gula dan kicap separas menenggelamkan cili yg ditubuk tadi..geselkan alu lesung dgn ibu lesung untuk hancurkan/lumatkan gula. Jangan lupa masukkan setengah sudu teh garam. Bila dah lumat semuanya boleh dimasukkan sambal kicap ni ke dalam mangkuk.

Selamat mencuba.



Salam Hormat,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe