Skip to main content

Sotong Goreng Ala Thai

Cerita semalam 12 Ramadan...

Masak simple2 saja smlm. Sotong goreng ala Thai dan sambal tumis ikan bilis.

Namun entry yang ni saya share dulu resepi untuk sotong goreng ala Thai ni. Lauk-pauk ala2 kering sikit2 berminyak dan pedas ni mmg saya punya fav food la kiranya...sedap bila mkn kering2..

Menu sebegini juga mudah dimasak....capok-capok jah dale kuali kata ore kelate..done!

Hehe...menu mudoh ada bakpo nak masak hok payoh-payohnya. Hok mudah ni juga sedap dan punya rasa keistimewaan tersendiri. Bagi peminat masakan kering dan pedah2 awo2...maka blh cuba masak menu ni. (pedah2 awo2 tu bahasa kelate dengan maksudnya "pedas sikit-sikit".

Jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.

Bahan2:
6 ekor sotong saiz besar
Bawang holland setengah labu dimayang
B/puteh dua ulas ditumbuk pecah2.
Cili api tujuh lapan tangkai dan cili merah/hijau besar dua tiga tangkai.
Garam gula secukupnya
Limau nipis satu biji ambil airnya saja.

Cara2:

1. Bersih dan potong bulat2 sotong dgn saiz potongan besar.

2. Gaulkan sotong dengan garam dan kunyit serbuk dan seulas bawang putih yang ditumbuk lumat.

3. Seulas bawang putih lagi ditumbuk pecah2.

4. Cili ditumbuk hancur. Tapi yang saya buat ni saya tumbuk pecah2 saja. Sebab nak cepat.

5. Gorengkan sotong tanpa minyak dulu dalam lima minit. Masa digoreng ni, air sotong akan keluar, blh buangkan sedikit airnya dan masukkan minyak masak. Masak dlm lima enam minit dan masukkan bawang holland dan cili api dan cili besar yang ditumbuk tadi. Kacau serata sambil masukkan air limau nipis tadi. Kacau dlm dua tiga minit, masukkan gula dan perasa (jika suka) dan terus kacau. Cukup masin manis dan masamnya dan blh diangkat. Sedia untuk dihidangkan. Sangat mudah!

Sotong jangan dimasak lama, sebab dia akan liat dan kecut. Dlm 10 minit saja lebih kurang.

Selamat mencuba.

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...